Utusan Borneo (Sabah)

Malaysia dipilih semula sebagai Pengerusi APCERT 2020-2021

-

KUALA LUMPUR: Malaysia melalui CyberSecur­ity Malaysia telah dipilih semula sebagai Pengerusi Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Asia Pasifik (APCERT) bagi tempoh 2020-29021 dalam Mesyuarat Agung Tahunannya (AGM) pada Selasa..

Pengerusi CyberSecur­ity Malaysia Jeneral (B) Tan Sri Mohd Azumi Mohamed berkata tidak seperti AGM sebelumnya, pada tahun ini mesyuarat itu dikendalik­an secara dalam talian susulan penularan pandemik COVID-19 dengan dihoskan Sekretaria­t APCERT iaitu Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Jepun/Pusat Penyelaras­an (JPCERT/ CC).

“Acara ini konsisten dengan visi APCERT untuk mewujudkan ruang siber yang lebih selamat, bersih dan boleh dipercayai dalam Rantau Asia Pasifik menerusi kerjasama dan kepercayaa­n global.

“Sebagai Pengerusi, CyberSecur­ity Malaysia menggalakk­an lebih banyak penglibata­n anggota untuk bergerak ke hadapan sambil terus menerajui Kumpulan Kerja Mitigasi Malware APCERT, satu inisiatif kolaborasi dalam kalangan negara APCERT dan OIC dalam usaha mengembang­kan penyelidik­an, analisis dan tindak balas malware bagi melindungi komuniti daripada ancaman malware,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Mohd Azumi berkata ini adalah satu lagi pencapaian bagi CyberSecur­ity Malaysia sebagai mengiktira­f kepakaran teknikal, kepimpinan dan profesiona­lismenya.

Selain itu, beliau berkata sebagai Pengerusi, agensi tersebut bertanggun­gawab menyediaka­n arahan strategik dan panduan bagi mengekalka­n kerelevana­n APCERT.

“CyberSecur­ity Malaysia akan terus membangun dan menggalakk­an usaha pelbagai pihak, rangka kerja, norma baharu, perkongsia­n maklumat dan menyokong peraturan digital jika kita iingin mewujudkan satu ruang siber yang dipercayai dan tahan lasak yang masa depannya terletak di tangan semua pihak di rantau ini,” katanya.

Menurut kenyataan itu, CyberSecur­ity Malaysia adalah antara pengasas bersama APCERT sejak 2002 dan ini merupakan kali ketiga ia dilantik sebagai Pengerusi selepas pelantikan pertama pada 2007 dan yang kedua pada 2019-2020.

Agensi itu kekal sebagai jawatankua­sa pemandu sejak penubuhann­ya dan akan berterusan sehingga 2021. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia