Utusan Borneo (Sabah)

Datuk Bandar KL, Presiden PPJ baharu dilantik

-

PUTRAJAYA: Bekas Pengarah Eksekutif (Perancanga­n) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Datuk Mahadi Che Ngah dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur baharu bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa semalam.

Setiausaha Bahagian (Bahagian Sosio Ekonomi) Kementeria­n Wilayah Persekutua­n Datuk Muhammad Azmi Mohd Zain pula dilantik sebagai Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) juga bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa semalam.

Menteri Wilayah Persekutua­n Tan Sri Annuar Musa ketika mengumumka­n pelantikan berkenaan berkata Mahadi menggantik­an Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan, manakala Muhammad Azmi menggantik­an Datuk Dr Aminuddin Hassim yang masing-masing menamatkan tempoh perkhidmat­an mereka kelmarin.

Annuar berkata pelantikan Mahadi sebagai Datuk Bandar KL ke-13 telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengikut Bahagian II, Seksyen 4(2) Akta Ibu Kota Persekutua­n 1960.

“Tempoh perkhidmat­an beliau selama 36 tahun di DBKL memberi kelebihan dalam aspek pengetahua­n, kemahiran selain pengalaman yang mendalam berkaitan pengurusan bandar raya serta dasar-dasar perancanga­n bandar raya Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media, di sini semalam. Annuar berkata majlis penyampaia­n watikah pelantikan kepada Mahadi akan diadakan esok di DBKL.

Mengenai Muhammad Azmi pula, Annuar berkata pelantikan­nya sebagai Presiden PPj telah mendapat persetujua­n Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan kelulusan Jabatan Perkhidmat­an Awam (JPA).

“Oleh kerana beliau seorang pegawai tinggi di kementeria­n ini, proses pelantikan sedang diuruskan oleh Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam dan JPA,” katanya.

Annuar turut merakamkan penghargaa­n kepada Nor Hisham dan Aminuddin atas khidmat bakti mereka ketika menerajui DBKL dan PPj. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Annuar pada sidang media pengumuman Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Presiden Perbadanan Putrajaya dan menjawab pelbagai isu di Wilayah Persekutua­n di Menara Seri Wilayah, Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Annuar pada sidang media pengumuman Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Presiden Perbadanan Putrajaya dan menjawab pelbagai isu di Wilayah Persekutua­n di Menara Seri Wilayah, Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia