Utusan Borneo (Sabah)

Kuching Old Bazaar dijadikan lokasi tarikan pelancong

Kuching Old Bazaar yang mempunyai sejarah lebih daripada 100 tahun akan diberi nafas baharu: Abdul Karim

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Kawasan Kuching Old Bazaar akan diberi nafas baharu sebagai salah satu lokasi tarikan pelancong dalam dan luar ke bandar raya ini.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Kuching Old Bazaar mempunyai sejarah lebih daripada 100 tahun.

Sehubungan itu katanya, kementeria­nnya dengan kerjasama Persatuan Komuniti Kuching Old Bazaar mahu memelihara kawasan itu seperti di Chinatown Singapura, Georgetown Pulau Pinang dan Jonker Walk di Melaka.

“Tahun lepas ahli-ahli persatuan ini mengemukak­an cadangan mengenai usaha memelihara warisan, sejarah yang ada di bazar lama ini.

“Cadangan tersebut telah diadaptasi oleh kementeria­n dan hari ini (semalam) kita mengadakan prapelanca­rannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Prapelanca­ran Program Pemetaan Kebudayaan dan Promosi Pelanconga­n Kuching Old Bazaar di Lebuh Carpenter di sini semalam. Tambah Abdul Karim, program itu akan melengkapi tarikan lain yang ada di sekitar bandar raya ini.

Beliau juga berhasrat memanjangk­an program itu bukan sahaja di Lebuh Carpenter tetapi juga Padungan dan Lebuh India yang masing-masing memiliki tarikan nilai tersendiri.

Terdahulu dalam ucapannya Abdul Karim berkata selepas prapelanca­rannya kerja-kerja akan bermula dan menjangkak­an pelancaran rasmi pada perayaan Chap Goh Meh, Februari 2021.

Inisiatif itu katanya, juga akan menjadi satu produk pelanconga­n warisan yang akan menarik pelawat ke pusat bandar ini.

Pelbagai program turut dirancang di bawah program

Tahun lepas ahli-ahli persatuan ini mengemukak­an cadangan mengenai usaha memelihara warisan, sejarah yang ada di bazar lama ini. Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

ini kelak sebagai tambahan kepada Festival Kuih Bulan Antara Budaya Tahunan.

Bagaimanap­un katanya, di sebalik pandemik COVID19, sektor pelanconga­n tempatan Sarawak dipromosik­an dengan sangat agresif.

Pandemik ini katanya, juga menimbulka­n kesedaran kepada mempergiat­kan promosi pelanconga­n tempatan dan tidak hanya bergantung kepada pelancong luar.

Hadir sama Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Hii Chang Kee, Presiden Persatuan Komuniti Kuching Old Bazaar Kapitan Lim Chuan Chan serta yang lain.

 ??  ?? TARIKAN: Abdul Karim pada Prapelanca­ran Program Pemetaan Kebudayaan dan Promosi Pelanconga­n Kuching Old Bazaar di Lebuh Carpenter semalam.
TARIKAN: Abdul Karim pada Prapelanca­ran Program Pemetaan Kebudayaan dan Promosi Pelanconga­n Kuching Old Bazaar di Lebuh Carpenter semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia