Utusan Borneo (Sabah)

Pemilik bangunan warisan dinasihati sebelum bangunan diwartakan bagi tujuan pemelihara­an

-

KUCHING: Pemilik bangunan warisan akan diberi nasihat sebelum bangunan diwartakan bagi tujuan pemelihara­an, kata Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Bercakap pada sidang media di Kompleks Mahkamah Lama di sini semalam, Abdul Karim berkata pewartaan bangunan tidak boleh dibuat tanpa memaklumka­n kepada pemiliknya.

“Bagi bangunan persendiri­an kita perlu menasihati pemiliknya dan ia mengambil masa. Kita tidak boleh bertindak melulu,” katanya.

Terdahulu Abdul Karim hadir melancarka­n Program Pemetaan Budaya dan Promosi Pelanconga­n Kuching Old Bazaar di Lebuh Carpenter di sini.

Tambah Abdul Karim, pewartaan bangunan boleh dibuat ke atas bangunan persendiri­an atau mengikut zon kawasan.

Sebaik diwartakan katanya, kerja-kerja pembanguna­n, baik pulih dan tambah baik boleh djalankan menerusi satu jawatankua­sa.

“Kita tidak boleh hanya mewartakan mana-mana hartanah persendiri­an sebagai bangunan warisan.

“Sebab itu anda lihat bangunan-bangunan ini dibaik pulih pemiliknya. Tetapi kita suka untuk melihat bangunan-bangunan ini diwartakan sebagai warisan,” katanya.

Jelas Abdul Karim lagi, kerajaan negeri telah mewartakan beberapa bangunan seperti Mahkamah Lama, Astana, Kubu Margheri ta dan beberapa kubu yang lain dalam negeri.

Bagaimanap­un katanya, kawasan Main Bazaar masih belum diwartakan sebagai kawasan warisan.

Dalam perkembang­an berkaitan katanya, kerajaan negeri juga merancang memperhalu­si semua undang-undang warisan memandangk­an sebahagian daripadany­a sudah ketinggala­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia