Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama masyarakat terhadap COMBI mampu bendung wabak denggi

-

KABONG: Peranan masyarakat dalam membantu kerajaan menerusi program yang dilaksanak­an bersama agensi berkaitan memberi impak kepada kejayaan bersama.

Pegawai Kesihatan Daerah Saratok Dr Shafiq Ameerul Ibtisyam Zulkiflee yakin dengan pembabitan masyarakat dalam penubuhan Communicat­ion for Behavioura­l Impact (COMBI) sebagai usaha bersepadu Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) membendung penularan wabak denggi.

“Seperti COVID-19 yang masih belum ada vaksin yang ditemui bagi mengubatin­ya kecuali kita perlu menjaga kebersihan diri dengan sentiasa menjaga persekitar­an kita dan mematuhi arahan yang dikeluarka­n pada setiap masa, begitu juga denggi yang berpunca daripada persekitar­an yang kotor sehingga boleh membiakkan nyamuk aedes yang membawa kepada demam denggi.

“Maka itu, masyarakat diseru untuk menjaga kebersihan kawasan persekitar­an pada setiap masa agar tiada tempat pembiakan nyamuk,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap menyempurn­akan program Penubuhan dan Latihan Lokaliti COMBI Daerah Kabong di bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kabong dekat sini, kelmarin.

Tambahnya, pemilihan tiga kampung Melayu di Kabong iaitu Kampung Hulu Laut, Kampung Hilir Laut, Kampung Hulu Lintang amat bertepatan kerana pernah berlaku kes penularan wabak denggi di situ.

“Tambahan pula ini merupakan kampung Melayu pertama di kawasan Kabong dirancang untuk penubuhan COMBI.

“Kita sedar bukan senang nak mengubah sikap masyarakat untuk menjaga kebersihan bersama terutama pada awal penubuhan COMBI, apatah lagi bagi mereka yang tiada kesedaran kendiri.

“Untuk itu, kita perlu ubah sikap dengan berusaha membimbing dan mendisipli­n diri dalam menjaga kebersihan, lama kelamaan mereka akan sedar dan beri kerjasama,” ujarnya.

Turut hadir Pengerusi COMBI Sarawak Azman Mantaril, Pegawai Pendidikan Kesihatan Bahagian Betong Pejabat Kesihatan Bahagian Betong Silvia Albert dan Razi Razibie Sibi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia