Utusan Borneo (Sabah)

Kadar kelulusan bantuan pembayaran semula disasarkan adalah 98 peratus

-

KUALA LUMPUR: Sebahagian besar permohonan bagi bantuan pembayaran balik disasarkan yang telah diproses setakat September ini, merekodkan kadar kelulusan sebanyak 98 peratus untuk individu serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Persatuan Bank-Bank Malaysia, Persatuan Perbankan Islam dan Institusi Kewangan Malaysia dalam satu kenyataan bersama berkata bank-bank kekal komited untuk menyokong peminjam/pelanggan yang terjejas memandangk­an fasa moratorium yang disasarkan akan bermula esok (semalam).

Industri perbankan telah menerima pakai proses permohonan dan dokumentas­i yang dipermudah­kan bagi bantuan pembayaran balik yang disasarkan, kata mereka.

Pihak perbankan juga memberi jamiman bahawa penerimaan moratorium lanjutan dan fleksibili­ti pembayaran balik yang disasarkan dalam tempoh ini tidak akan menjejaska­n laporan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat individu dan PKS terbabit.

“Peminjam/pelanggan yang telah mengemukak­an permohonan bantuan pembayaran balik yang disasarkan setakat ini tetapi masih belum mendapat respons daripada bank mereka, akan menerima makluman daripada bank masing-masing tidak lama lagi.

“Sebagai alternatif, peminjam/pelanggan juga boleh menghubung­i bank mereka untuk menyemak status permohonan jika tiada kemas kini daripada bank,” kata kenyataan itu.

Pihak bank ingin meyakinkan peminjam/pelanggan bahawa mereka yang telah memohon bantuan dengan dokumen berkaitan tetapi belum mendapat respons daripada bank mereka, tidak akan dikenakan denda.

Bank-bank ini sedang berusaha untuk memproses semua permohonan bantuan pembayaran balik yang disasarkan secepat mungkin, katanya.

“Industri perbankan sedar bahawa walaupun ekonomi semakin pulih, ramai peminjam/ pelanggan mungkin masih cuba mengukuhka­n kedudukan dan mengorient­asikan diri mereka di tengah-tengah realiti dan ketidakten­tuan baharu.

“Jika kewajipan pembayaran balik menjadi cabaran pada bulan-bulan akan datang, peminjam/pelanggan boleh yakin bahawa ruang untuk membincang­kan pengaturan pembayaran balik alternatif akan kekal terbuka,” tambah kenyataan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia