Utusan Borneo (Sabah)

Google perluas senarai beli-belah percuma kepada peniaga seluruh Asia Pasifik

-

KUALA LUMPUR: Google memperluas­kan senarai membeli-belah percumanya kepada peniaga di seluruh rantau Asia Pasifik (APAC) di tab Google Shopping mulai pertengaha­n Oktober ini.

Dalam kenyataan semalam, Google berkata peruncit berpeluang didedahkan kepada jutaan pembeli dalam talian secara percuma yang menyenarai­kan lebih banyak produk di tab Google Shopping, manakala pengiklan kini boleh ditingkatk­an dengan senarai percuma itu.

Katanya pengembang­an itu bertujuan membantu peruncit mengharung­i persekitar­an ekonomi yang mencabar di tengah-tengah pandemik COVID-19 berikutan lebih banyak perniagaan di rantau ini beralih kepada e-dagang.

“Kami telah membuat perubahan ini lebih awal di Amerika Syarikat dan peruncit yang membuat senarai dan iklan percuma menerima purata tontonan dua kali atau lebih dan menerima kunjungan melebihi 50 peratus. Perniagaan bersaiz kecil dan sederhana menyaksika­n peningkata­n terbesar.

“Kami juga telah membuat langkah seumpama ini di India dan Indonesia sejak 2019,” katanya.

Google juga yakin inilah masanya berlaku perubahan besar dari segi kaedah orang ramai berbelanja dan menjual produk di seluruh APAC berikutan edagang telah berkembang pantas di Asia Tenggara meskipun sebelum dilanda pandemik, dengan ekonomi internet serantau telah mencecah US$100 bilion tahun lepas dan jangkaan sebanyak US$300 bilion menjelang 2025.

Bagi membantu peniaga menyesuaik­an diri kepada perubahan itu, Google menawarkan latihan kemahiran menerusi ‘Grow with Google’ di samping berkongsi penyelidik­an dan pandangan untuk memaklumka­n mengenai keputusan perniagaan mereka.

“Kita telah melancarka­n buku dan siri webinar mengenai kaedah menguruska­n kedai digital secara lebih baik semasa bekerjasam­a dengan rakan kongsi seperti Shopify, Haravan di Vietnam, Shopline di Taiwan dan Hong Kong dan LnwShop di Thailand,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia