Utusan Borneo (Sabah)

5,422 PPS bersedia untuk menampung 1.5 juta mangsa banjir di seluruh negara

Berdasarka­n pengalaman, hanya 500,000 mangsa ditempatka­n di sebahagian PPS berkenaan

-

ALOR GAJAH: Sebanyak 5,422 pusat penempatan sementara (PPS) sedia menampung seramai 1,554,713 mangsa banjir di seluruh negara jika bencana tersebut berlaku pada satu-satu masa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Ahli Parlimen Alor Gajah itu berkata bagaimanap­un sepanjang pengalaman kerajaan mengendali­kan bencana banjir di seluruh negara terutama di kawasan yang sering banjir pada hujung tahun, hanya maksimum 500,000 mangsa ditempatka­n di sebahagian PPS berkenaan.

“Kita tak perlu tambah PPS kerana kita ada PPS yang boleh kita guna pakai. Kalau kita luluskan prosedur operasi standard (SOP) (berkaitan COVID-19) yang kita sedang cadangkan di peringkat jawatankua­sa teknikal, bila diluluskan, saya pasti PPS yang ada sekarang ini mencukupi (untuk tampung mangsa banjir).

“Cuma kalau satu tempat boleh kendalikan 100 orang (mangsa banjir), mungkin pusat itu kita akan kurangkan kepada 50 orang dan pusat-pusat (PPS) yang kita tak gunakan dahulu (akan digunakan),” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Alor Gajah di sini, semalam.

Dalam pada itu, Mohd Redzuan berkata beliau telah mempengeru­sikan Mesyuarat Majlis Pengurusan

Bencana baru-baru ini dan wakil agensi yang terlibat telah bersetuju untuk berganding bahu bagi menangani sebarang kemungkina­n.

“(Antara yang diputuskan dalam mesyuarat tersebut seperti) PPS dengan kelengkapa­n-kelengkapa­n tertentu kita dah buat perolehan dan kita telah semak barangan yang perlu dibeli dan ditempatka­n di PPS untuk kita lebih bersedia.

“(Selain itu) terdapat lebih 4,000 pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) (di seluruh negara) dengan aset-aset yang kita boleh gerak dan selaraskan penggunaan­nya dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” katanya.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada PIlihan Raya Negeri (PRN) Sabah Sabtu lepas jelas menunjukka­n sokongan rakyat negeri itu terhadap kerajaan Persekutua­n di bawah pimpinan

Perikatan Nasional (PN) ketika ini.

“Apa yang mereka (rakyat Sabah) mahu lihat adalah kesamaan ataupun (kerajaan negeri) yang selari dengan pembanguna­n di peringkat Persekutua­n,” katanya. — Bernama

“(Selain itu) terdapat lebih 4,000 pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) (di seluruh negara) dengan aset-aset yang kita boleh gerak dan selaraskan penggunaan­nya dengan bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia