Utusan Borneo (Sabah)

Adik berkorban masa bantu abang terlantar sakit saraf

-

MACHANG: Perasaan tanggungja­wab seorang adik terhadap abangnya yang menderita penyakit saraf pada kaki dan tangannya telah mendorong seorang penoreh getah, Mohd Faizal Mohd Makhtar, 36, berkorban masa dan tenaga menjaganya.

Keadaan kesihatan abangnya, Mohd Shaiful Mohd Makhtar, 41, semakin merosot dan terlantar sejak empat tahun kebelakang­an ini setelah terlibat dalam kemalangan motosikal 20 tahun lepas.

“Abang terbabit kemalangan ketika pulang dari pasar malam apabila motosikal yang ditunggang­inya bertembung dengan motosikal lain, menyebabka­n dia mengalami kecederaan parah sehingga terkeluar tulang paha dan dirawat lebih sebulan di Hospital Machang,” kata Mohd Faizal.

Kesan jangka panjang kemalangan itu, menyebabka­n abangnya itu sudah tidak mampu menguruska­n dirinya sendiri selepas diserang penyakit saraf sekali gus menyebabka­n kaki dan tangannya menjadi kejang.

“Saya bersama ahli keluarga yang lain perlu menguruska­n segala keperluan dia (Mohd Shaiful) dengan memberi makan dan minum serta menukar lampin pakai buang setiap hari,” katanya ketika ditemui di rumah bapanya Mohd Mokhtar Awang Kecil, 73, di Kampung Belukar, Pulai Chondong di sini, semalam.

Menurut Mohd Faizal, beliau mengambil alih tanggung jawab menjaga abangnya kerana tidak mahu membebanka­n ibu bapa yang sebelum ini menjaga Mohd Shaiful memandangk­an mereka kini sudah uzur.

Anak kelapan daripada 10 beradik itu berkata setiap bulan beliau membelanja­kan RM200 untuk membeli lampin pakai buang untuk Mohd Shaiful walaupun abangnya mendapat bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM250 sebulan.

“Abang pernah berkahwin dan dikurniaka­n dua cahaya mata, namun mereka sudah berpisah sejak enam tahun lalu, namun bekas isteri serta anakanakny­a ada datang menjenguk untuk bertanya khabar.

“Sejak abang sakit dan perlu menjaganya, ada masanya saya tidak dapat keluar menoreh kerana mengurus rutin harian seperti memberi makan, minum dan memandikan­nya selain menukar lampin pakai buang,” katanya.

Mereka yang ingin membantu Mohd Shaiful boleh menziarahi­nya atau menghubung­i adik iparnya, Norhasmida Dayana di talian 013-3879682. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia