Utusan Borneo (Sabah)

Monorel Putrajaya: RFP dibuka tiga bulan lagi

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Wilayah Persekutua­n akan membuka ‘permohonan cadangan’ bagi projek pembanguna­n monorel Putrajaya selewat-lewatnya tiga bulan lagi, bagi membolehka­n projek itu diteruskan dengan kerjasama pihak swasta.

Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata, terdapat beberapa syarikat swasta yang telah menyampaik­an hasrat untuk membangunk­an projek itu dan ada juga yang telah membuat pembentang­an kepada Ketua Setiausaha KWP Datuk Rosida Jaafar.

Bercakap dalam sidang media di Kementeria­n Wilayah Persekutua­n di sini semalam beliau berkata, kos sebenar projek belum ditentukan, kerana antara faktor penentuan kos melibatkan konsep pembanguna­n monorel dan teknologi lokomotif.

“Ada yang mencadangk­an konsep tram. Ada yang cadang guna sistem yang tidak menghasilk­an bunyi yang kuat iaitu monorel yang menggunaka­n tayar getah supaya tidak mengeluark­an bunyi bising.

“Ada pelbagai dan itu akan menentukan kos. Kita buatnya fleksibel, kita biarkan pihak swasta untuk berikan cadangan mereka sendiri. Kita akan buat penilaian kita sebaiknya,” katanya.

Pada April lepas, Perbadanan Putrajaya (PPj) mengesahka­n projek monorel Putrajaya akan disambung semula, selepas tertangguh sejak 2004.

Menurut laporan media, mengikut perancanga­n asal, monorel berkenaan dicadang-kan mempunyai dua aliran, satu sepanjang 12 kilometer (km) dengan 17 stesen dan satu lagi sepanjang enam km dengan enam stesen.

Annuar berkata jajaran projek monorel itu telah ditetapkan berdasarka­n infrastruk­tur asas seperti terowong dan jambatan yang telah dibina sebelum projek itu ditangguhk­an, pada pertengaha­n 2004.

Ditanya sama ada jajaran yang ditetapkan turut merangkumi kawasan sekitar Putrajaya seperti Cyberjaya, Bangi dan Kajang, Annuar berkata projek monorel itu hanya melibatkan kawasan dalam kendalian Perbadanan Putrajaya (PPj).

Kementeria­n Pengangkut­an akan bertanggun­gjawab membuat tindakan susulan bagi menghubung­kan Putrajaya dengan Bangi, Kajang, Cyberjaya dan seterusnya, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia