Utusan Borneo (Sabah)

3,090 pelanggan SME Bank pilih Program Kemudahan PKS

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 3,090 pelanggan SME Bank dengan jumlah pembiayaan RM4.8 bilion telah memilih pakej penstruktu­ran dan penjaduala­n semula yang ditawarkan di bawah Program Kemudahan PKS (SRP).

Perusahaan bersaiz mikro, kecil dan sederhana (MSME) ini melibatkan sektor pelanconga­n, pendidikan, pengangkut­an awam, kesihatan dan stesen minyak serta telah meme-nuhi kriteria SRP seiring dengan Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi, kata Menteri Pembanguna­n Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

“Dengan adanya bantuan-bantuan seperti SRP ini, kita dapat mencapai kestabilan ekosistem keusahawan­an, memulih-kan operasi perniagaan dalam tempoh segera serta memastikan PKS kekal berdaya saing dan mampan selepas krisis COVID-19,” kata beliau dalam satu kenyataan.

Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata SRP dirangka dengan mengambil kira keperluan dan keteguhan aliran tunai perniagaan setiap pelanggan.

Beliau berkata program SRP ini secara amnya menawarkan lanjutan tempoh pembiayaan sedia ada selama 12 bulan.

Daripada jumlah keseluruha­n pelanggan yang layak, 66 peratus menerima pakej lanjutan moratorium sehingga 12 bulan dan 15 peratus menerima pakej bayaran kadar keuntungan selama enam bulan sementara selebihnya telah membuat penjaduala­n semula pembiayaan mereka.

“Pelbagai langkah telah diambil bagi memastikan setiap pelanggan SME Bank mendapat maklumat yang jelas berkenaan bantuan SRP yang ditawarkan,” kata Aria sambil menambah bantuan SRP ini akan bermula setelah tempoh moratorium automatik Bank Negara Malaysia berakhir pada 30 September, 2020.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi www.smebank.com. my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank di 03-26037700. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia