Utusan Borneo (Sabah)

Bayern julang trofi kejuaraan kelima

-

MUNICH: Bayern Munich meraih kejuaraan kelima mereka tahun ini apabila gol lewat Joshua Kimmich memastikan kemenangan 32 ke atas Borussia Dortmund untuk menjulang trofi Piala Super Jerman pada Rabu.

Bayern mendahului 2-0 menerusi gol Corentin Tolisso dan Thomas Mueller dalam separuh masa pertama, namun Erling Braut Haaland mengikat kedudukan pada awal separuh masa kedua selepas Julian Brandt merapatkan kedudukan tidak lama sebelum rehat.

Kimmich bagaimanap­un memastikan kemenangan Bayern pada perlawanan tanpa penonton di Allianz Arena.

Rembatan awal beliau berjaya ditepis penjaga gol Dortmund, Marwin Hitz tetapi boleh melantun kembali ke arah Kimmich untuk melakukan penyudah dengan melambung cantik bola lapan minit sebelum tamat permainan.

“Joshua adalah pemain yang hebat, lihat sahaja cara beliau melambung bola masuk,” kata Manuel Neuer.

Selepas rekod 23 kemenangan berturut-turut dipadam dengan kekalahan mengejut di Hoffenheim pada Ahad lepas, Bayern bangkit semula dengan Kimmich mengetuai serangan.

“Selama saya mengenali beliau (Kimmich), mentaliti beliau sangat istimewa. Beliau berada di landasan menjadi salah seorang pemain yang akan membentuk kelab ini,” kata jurulatih Bayern, Hansi Flick.

Bayern sudah memenangi lapan kejuaraan Bundesliga Jerman berturut-turut, Piala Jerman, Liga Juara-Juara dan Piala Super UEFA pada tahun ini.

Kejuaraan Piala Super Jerman ini adalah kejuaraan keempat dalam tempoh lima tahun.

Perlawanan Piala Super Jerman ini adalah perlawanan terakhir untuk pengadil perlawanan, Bibiana Steinhaus, 41, wanita pertama menjadi pengadil dalam salah satu liga utama di Eropah sebelum persaraann­ya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BERSEJARAH: Pasukan Bayern Munich meraikan kejayaan mereka di atas podium selepas menewaskan Borussia Dortmund pada final Piala Super Jerman di Munich, Jerman.
— Gambar AFP BERSEJARAH: Pasukan Bayern Munich meraikan kejayaan mereka di atas podium selepas menewaskan Borussia Dortmund pada final Piala Super Jerman di Munich, Jerman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia