Utusan Borneo (Sabah)

Dua kelab berjiran Manchester ke suku akhir Piala Liga Inggeris

Manchester City dalam landasan pertahan kejuaraan dengan kemenangan ke atas Burnley, Man Utd atasi Brighton 3-0

-

Man City dalam landasan pertahan kejuaraan dengan kemenangan ke atas Burnley, Man Utd atasi Brighton 3-0

LONDON: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, mengakui ia adalah penting untuk mengelak pintu gol pasukannya dari dibolosi ketika juara bertahan Piala Liga Inggeris itu kembali ke landasan kemenangan dengan menewaskan Burnley 3-0 sementara Manchester United juga turut melangkah ke peringkat suku akhir kejohanan apabila menewaskan Brighton 3-0 pada Rabu.

City mengalami kekalahan terburuk di tempat sendiri dalam aksi Liga Perdana Inggeris sejak di bawah kendalian Guardiola apabila tewas 2-5 kepada Leicester City.

Dua gol dari Raheem Sterling di Turf Moor memastikan mereka melupakan sedikit kesedihan dari kekalahan itu sebelum penyerang baharu, Ferran Torres, yang dibeli dari Valencia, melengkapk­an jaringan untuk gol sulung beliau bersama City.

“Ia penting untuk tidak bolos dan pasukan bermain dengan baik secara amnya,” kata Guardiola.

“Apabila anda tewas satu perlawanan, apa yang paling penting ialah perlawanan seterusnya. Pertama sekali, kerana jika anda tewas dalam pertanding­an ini, anda tersingkir.

“Kami masih jauh dari prestasi terbaik kerana kurang berlatih. Kami mempunyai ramai pemain yang tidak dapat diturunkan kerana COVID-19 dan empat yang lain cedera.

“Tetapi selangkah demi selangkah, kami mempunyai semua skuad yang semakin bagus. Kami melangkah ke suku akhir kejohanan sekali lagi, jadi ia sesuatu yang bagus.”

City sudah memenangi Piala Liga Inggeris sebanyak empat kali dari lima musim terakhir dan mereka masih berada di landasan untuk mempertaha­nkan kejuaraan.

City boleh menang dengan gol lebih banyak tetapi penjaga gol Burnley, Bailey Peacock-Farrell beraksi cemerlang.

Sterling dan Kevin De Bruyne bermula dalam kesebelasa­n utama City, termasuk Riyad Mahrez dan penampilan sulung buat pemain tengah berusia 18 tahun, Cole Palmer.

Sterling memecah kebuntuan 10 minit sebelum rehat dengan menyempurn­akan hantaran Benjamin Mendy sebelum menambah jaringan pada minit ke-49.

City menamatkan saingan dengan gol minit ke-65 apabila Sterling gagal mengawal kemas umpanan Mahrez, namun bola beralih ke arah Torres untuk melakukan rembatan ke pintu gol.

Di Stadium Amex, Manchester United menambah derita Brighton, empat hari selepas menang 3-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

United memerlukan penalti minit ke-100 untuk menewaskan Brighton hujung minggu lepas.

Namun tiada banyak drama kali ini ketika United melakukan 10 pertukaran pemain dan Brighton melakukan sembilan pertukaran.

United, yang kali terakhir memenangi Piala Liga Inggeris pada 2017, membuka jaringan pada minit ke-44 menerusi jaringan Scott McTominay dari satu tendangan percuma Juan Mata.

United menambah jaringan pada minit ke-73 dengan Donny van De Beek mengumpan bola kepada Mata untuk gol ke-50 beliau bersama kelab.

Paul Pogba dimasukkan dari bangku simpanan tujuh minit kemudian dan tendangan percuma beliau memastikan gol ketiga United.

“Permainan hebat dari Juan Mata. Beliau adalah pemain yang mendapatka­n bola dan mengawal permainan kami.

Beliau tenang, mencipta banyak peluang dan saya tidak pernah terkejut apabila beliau bermain seperti ini,” kata pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer.

Pada perlawanan lain, Dominic Calvert-Lewin menjaringk­an hatrik ketika Everton membelasah West Ham United 4-1.

Calvert-Lewin meletakkan Everton di hadapan untuk gol keenam beliau musim ini pada minit ke-11 perlawanan di Goodison Park.

Everton, yang sudah menang enam perlawanan dalam semua pertanding­an secara berturut-turut, diikat oleh gol penyamaan Robert Snodgrass pada minit ke-46.

Namun Richarliso­n meletakkan Everton kembali di hadapan 10 minit kemudian sebelum Calvert-Lewin menjaringk­an hatrik kedua beliau musim ini dengan gol minit ke-78 dan 84.

Newcastle terselamat dari dimalukan oleh kelab divisyen empat, Newport apabila menang 5-4 menerusi penentuan sepakan penalti selepas seri 1-1 pada masa sebenar. — AFP

Kami masih jauh dari prestasi terbaik kerana kurang berlatih. Kami mempunyai ramai pemain yang tidak dapat diturunkan kerana COVID-19 dan empat yang lain cedera.

Pep Guardiola Pengurus Manchester City

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? RANCAK: Aksi perlawanan Piala Liga Inggeris di antara Burnley dan Manchester City yang berlangsun­g di Turf Moor, Burnley.
— Gambar AFP RANCAK: Aksi perlawanan Piala Liga Inggeris di antara Burnley dan Manchester City yang berlangsun­g di Turf Moor, Burnley.
 ?? — Gambar AFP ?? MEMUKAU: Sebahagian dari babak aksi perlawanan Piala Liga Inggeris di antara Brighton dan Manchester United di Stadium American Express Community di Brighton.
— Gambar AFP MEMUKAU: Sebahagian dari babak aksi perlawanan Piala Liga Inggeris di antara Brighton dan Manchester United di Stadium American Express Community di Brighton.
 ??  ?? GUARDIOLA
GUARDIOLA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia