Utusan Borneo (Sabah)

150 JKKK Daerah Betong sertai Bengkel Kepolisan Komuniti Khas

-

BETONG: Sebanyak 150 Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Daerah Betong menyertai Bengkel Kepolisan Komuniti Khas bagi JKKK Daerah Betong 2020 yang berakhir semalam.

Menurut pegawai mengurus program, Pegawai Tadbir Sarawak SAO Ludan Lintong bengkel itu memberi penekanan kepada peranan yang harus dimainkan oleh setiap JKKK dengan taklimat oleh pelbagai agensi berkaitan.

“Ia adalah bagi memperkasa­kan fungsi JKKK dalam aspek keselamata­n dan pengendali­an bencana di peringkat komuniti khasnya ketika berhadapan dengan pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia dan negara ketika ini.

“Bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkenaan kapasiti lokasi penganjura­n, bengkel sehari ini tidak dapat dijalankan serentak untuk semua JKKK di Daerah Betong, tidak termasuk Daerah Spaoh dan

Debak.

“Sejumlah 140 JKKK dibahagi kepada empat siri penganjura­n yang dijalankan di Dewan Panglima Rentap Betong pada tarikh berbeza. Ia melibatkan kira-kira 700 ahli JKKK yang didaftarka­n.

“Setiap siri bengkel melibatkan lapan sesi ceramah yang akan dikendalik­an oleh agensi berkaitan bagi memberi penerangan yang jelas tentang peranan yang perlu dimainkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas berhubung Bengkel Kepolisan Komuniti Khas Bagi JKKK Peringkat Daerah Betong 2020 yang berlangsun­g di Dewan Panglima Rentap Betong di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata siri pertama pada 9 Oktober lalu melibatkan 35 JKKK dengan perasmiann­ya disempurna­kan oleh ADUN Layar Gerald Rentap Jabu.

“Seterusnya, siri kedua yang diadakan pada 10 Oktober melibatkan 36 JKKK, manakala siri ketiga pada 16 Oktober (34) dan siri keempat pada 17 Oktober (35).

“Manakala 10 JKKK telah menyertai majlis pelancaran Program Kepolisan Komuniti Bahagian Betong yang berlangsun­g pada 28 Ogos lalu di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan Betong,” jelasnya.

Program yang dikendalik­an oleh Pejabat Daerah Betong itu mendapat kerjasama Pejabat Residen Bahagian Betong, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Betong, Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Betong dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Ludan (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada salah seorang penceramah program tersebut.
PENGHARGAA­N: Ludan (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada salah seorang penceramah program tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia