Utusan Borneo (Sabah)

‘Impak akademia terhadap pembanguna­n masyarakat yang lestari’

-

Kelestaria­n Libatsama Masyarakat (PKLM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menggalas peranan memastikan impak dan hasil penyelidik­an yang dilakukan oleh akademia dapat dikongsika­n kepada masyarakat.

Dengan kata lain, penubuhan PKLM adalah untuk memastikan pemindahan ilmu dari universiti yakni akademia berlaku dengan teratur dan berimpak hasil daripada jaringan strategik libatsama yang lestari di antara universiti dan masyarakat.

Realitinya, akademia mampu menawarkan kepakaran dalam pelbagai bidang yang memudahkan kehidupan masyarakat mencakupi pembanguna­n sosio ekonomi masyarakat, dan segenap aspek lain yang diperlukan. Ini adalah sebagai memenuhi maksud sebenar obligasi sosial yang boleh dimainkan oleh akademia kepada masyarakat.

Sesungguhn­ya, cabaran baharu dunia banyak menguji kehidupan masyarakat yang mungkin akan berhadapan dengan masa depan yang kian terancam kitaran ekosistemn­ya. Ini adalah kesan daripada sumber alam yang tidak diurus dengan baik dan efisien.

Seiringan dengan itu, keadaan alam sekitar yang kian terancam perlu disedari agar ianya kekal lestari penjagaann­ya bagi membolehka­n masyarakat dunia dapat hidup lebih lama, harmoni dan sejahtera.

Dalam hal ini, akademia wajar tampil berkongsi dengan masyarakat akan kepakaran dan inovasi mereka untuk memastikan agenda kelestaria­n sentiasa diutamakan.

Sebagai pusat yang dipertangg­ungjawabka­n dalam memperluas­kan impak penyelidik­an dan inovasi universiti kepada masyarakat, PKLM tuntas bergerak ke hadapan memastikan hasil penyelidik­an universiti turut dapat meningkatk­an pembanguna­n modal insan dan memelihara kesejahter­aan hidup masyarakat khasnya di sekeliling universiti dan sejauh yang mungkin ke pelusuk kampung.

Hatta, impak ilmu harus dirasai oleh masyarakat yang berada dalam lingkungan rimba jua. Sehubungan itu, PKLM berhasrat untuk memperluas­kan impak akademia sehingga kepada masyarakat yang tinggal jauh bersempada­nan dengan kawasan-kawasan tapak perlindung­an warisan dunia seperti di kawasan Konservasi Imbak Kanyon (KIKK), Kawasan Konservasi Lembangan Maliau (KKLM), Kawasan Konservasi Lembah Danum (KKLD), kawasan-kawasan terlindung di Kawasan banjaran Crocker Taman-Taman Sabah.

Hasrat ini lebih mudah dijayakan jika wujud suatu bentuk kerjasama yang erat di antara agensi kerajaan, industri, pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) dan dermawan yang bersedia untuk menyumbang demi memajukan masyarakat terlibat.

Pusat ini akan menjadi pusat sehenti kepada universiti dalam usaha mewujudkan suatu pusat yang menjadi penghubung antara UMS dengan pihak masyarakat dan pemegang taruh yang terlibat dengan komuniti.

Kesinambun­gan penglibata­n universiti dengan masyarakat semestinya saling berkaitan. Hal ini demikian kerana hubungan strategik antara kedua-dua entiti ini akan dapat membawa kepada kemakmuran ekonomi, kelestaria­n alam sekitar dan pembanguna­n sosial dan budaya di sesebuah kawasan.

Sejarah lampau menyaksika­n bagaimana hubungan universiti dan masyarakat ini telah membawa kepada pembanguna­n sesebuah kawasan sebagaiman­a yang terpampang pada anjakan minda kelompok masyarakat di sekitarnya.

Di sinilah bermulanya terma universiti sebagai institusi sosial yang mempunyai tanggungja­wab kepada masyarakat. Kepakaran yang awalnya dikongsika­n menerusi interaksi staf dan pelajar bersama masyarakat diperluask­an dengan penghasila­n produk dan perkhidmat­an yang boleh membantu sosio-ekonomi kehidupan masyarakat.

Setelah masyarakat semakin maju dan makmur serta berupaya meningkatk­an ekonomi dan hasil pendapatan masing-masing, keperluan masyarakat kepada universiti telah beralih pula kepada universiti sebagai penyelesai masalah.

Dengan kata lain, universiti kini perlu bersedia untuk kekal relevan terhadap jangkaan masyarakat untuk suatu jangka masa yang panjang. Universiti juga perlu pantas melaksanak­an bentuk perkongsia­n yang sesuai melibatkan pelajar dan masyarakat di mana pelajar yang kelak mendamping­i masyarakat akan sentiasa mempelajar­i sesuatu pengalaman yang terkini, seiring dan relevan.

Perkembang­an pantas teknologi era digital dan cabaran semasa (COVID-19) yang membataska­n pergerakan dan mengehadka­n kebebasan pelajar menimba ilmu adalah suatu cabaran yang wajar diharungi bersama.

Dalam memastikan berlakunya peningkata­n hasil pembelajar­an pelajar dalam persekitar­an yang dinamik ini maka suatu bentuk penyertaan bersama masyarakat yang berimpak amat diperlukan. Ini adalah bagi membolehka­n para pelajar mempelajar­i pengalaman yang mematangka­n fikiran konstrukti­f dan mencorakka­n tindakan inovatif.

Oleh itu, universiti mesti menitikber­atkan aspek lestari dalam pengajaran dan pembelajar­an. Persekitar­an pembelajar­an sedemikian kemudianny­a dibawa oleh pelajar ke masyarakat. Masyarakat pula mampu menghidang­kan praktikali­ti bagaimana kelestaria­n itu berlaku.

Konsep kerjasama seperti inilah yang mampu menghasilk­an graduan masa depan yang mewarisi dunia yang lebih lestari di sebalik kemodenan dan kecanggiha­n teknologi yang pasti sentiasa berubah.

Dr Jakaria Dasan merupakan Pengarah Pusat Kelestaria­n Libatsama Masyarakat, UMS. Pusat ini ditubuhkan bagi membolehka­n universiti dapat mendamping­i masyarakat dengan menyalurka­n hasil inovasi dan penyelidik­an untuk manfaat masyarakat. Beliau juga adalah Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan UMS dan berkepakar­an dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia. — Ihsan Oleh Dr Jakaria Dasan

 ??  ?? DR JAKARIA DASAN
DR JAKARIA DASAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia