Utusan Borneo (Sabah)

Kepulangan semula gamit memori kemahsyura­n

Bale yang telah kembali ke Tottenham dijangka membuat penampilan sulungnya bertemu West Ham

-

LONDON: Gareth Bale dijangka akan membuat penampilan sulung keduanya bersama Tottenham dalam perlawanan menentang West Ham pada malam ini (Ahad), tetapi Jose Mourinho mendakwa tempat bintang Wales itu tidak terjamin selepas dia asyik dengan bakat yang mendalam dalam skuadnya.

Bale kembali ke utara London sebagai pemain pinjaman sepanjang musim dari Real Madrid selepas tujuh tahun menikmati suka dan duka sejak dia menyertai kelab gergasi Sepanyol itu dengan bayaran rekod dunia ketika itu.

Dia menjaringk­an gol dalam dua perlawanan akhir Liga Juara-Juara ketika Madrid memenangi pertanding­an tersebut sebanyak empat kali dalam lima musim pertamanya.

Tetapi prestasi Bale turut mengundang banyak kritikan, ketika dia mengalami kecederaan dan kesukaran untuk menyesuaik­an diri dengan kehidupan di Sepanyol.

Kecederaan turut menangguhk­an kepulangan­nya ke padang untuk Tottenham, tetapi persekitar­an yang dikenaliny­a telah menenangka­n pemain berusia 31 tahun itu ekoran kesengsara­an di Madrid dan dia telah digambar sedang duduk bersama penontonn sambil menyokong rakan-rakan dalam pasukan baharunya.

Mourinho berkata pada Jumaat bahawa Sergio Reguilon, yang turut tiba dari Madrid ke Spurs pada bulan lepas, telah membuat komen bahawa Bale kelihatan seperti seorang ‘lelaki yan berbeza’ berbanding pemain yang pemalu di ibu negara Sepanyol.

Namun persoalan masih wujud tentang sama ada dia dapat mengulangi kejayaan yang dia kecapi ketika dia kali pertama bermain bersama Tottenham dahulu, apabila dia menjadi salah seorang pemain terbaik di dunia.

Pada musim terakhir sebelum penghijrah­annya yang besar, Bale menyumbat 26 gol tetapi ia masih tidak memadai untuk memenangi tempat dalam Liga Juara-Juara apabila pasukan Andre Villas-Boas menamatkan musim di tempat kelima.

Ketika dia bermain di Sepanyol, Spurs kerap bermain dalam Liga Juara-Juara, malah sampai ke peringkat akhir buat pertama kali pada 2019.

Musim ini adalah yang pertama dalam tempoh lima tahun Tottenham tidak bermain dalam pertanding­an kelab utama di Eropah, tetapi kepulangan ke Liga Juara-Juara adalah perkara paling kecil yang mereka jangkakan selepas membawa balik Bale untuk membentuk barisan tiga penyerang yang berpotensi mengujakan di sisi Harry Kane dan Son Heung-min.

Kane dan Son telah bergabung dengan menakjubka­n untuk membelasah Manchester United 6-1 dan Southampto­n 5-2 pada musim ini.

Kecederaan kepada keduadua pemain itu telah menjejaska­n peluang Spurs untuk meletakkan diri di dalam kelompok empat pasukan teratas pada musim lepas, tetapi Mourinho yakin dia kini mempunyai skuad untuk memberikan cabaran dalam beberapa pertanding­an.

Walaupun kelab itu menunjukka­n kebangkita­n sejak beberapa tahun lalu, Tottenham masih belum lagi memenangi piala sejak 2008.

“Kita ada skuad di mana setiap pemain terpaksa banyak bersaing dan bermain dengan sangat baik untuk layak mengisi tempat dalam pasukan,” kata Mourinho.

“Skuad ini begitu bagus, begitu kuat. Kita ada begitu banyak pilihan dan saya enggan menyatakan pemain ini adalah pilihan pertama.

Bale mempunyai banyak pengalaman dengan tuntutan tersebut ketika dia bermain di Madrid, yang dianggap sebagai pahit manis walaupun memenangi 13 piala.

“Dengan menyertai Madrid, memenangi piala dan pergi jauh bersama pasukan kebangsaan, saya rasa seakanakan saya da mentaliti kemenangan itu bagi bagaimana untuk memenangi piala,” kata Bale mengenai kepulangan­nya.

“Kita tidak menyedarin­ya sehingga anda ada di sana dan dalam situasi tersebut dalam perlawanan akhir, tahu bagaimana untuk menangani keadaan.

“Semua itu datang bersama pengalaman, jadi saya harap saya dapat membawanya ke dalam bilik persalinan, membawa lebih banyak kepercayaa­n kepada semua orang bahawa kita dapat memenangi piala.” — AFP

Kita ada skuad di mana setiap pemain terpaksa banyak bersaing dan bermain dengan sangat baik untuk layak mengisi tempat dalam pasukan. Jose Mourinho Pengurus Tottenham Hotspur

 ??  ??
 ??  ?? BALE
BALE
 ??  ?? MOURINHO
MOURINHO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia