Utusan Borneo (Sabah)

MKN harap rundingan bawa hasil positif

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Majlis Keselamata­n Negara (MKN) berharap rundingan yang akan dijalankan bersama kedutaan Filipina dan Indonesia mampu membuka semula sempadan negara jiran yang ditutup susulan kebimbanga­n penularan COVID-19.

Pengarah MKN Sabah Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof berkata, pembukaan sempadan itu adalah bagi membolehka­n penghantar­an balik pendatang tanpa izin (PTI) yang kini ditempatka­n di empat Pusat Tahanan Sementara (PTS) di negeri ini.

“Sebelum ini melalui hasil rundingan dengan pihak kedutaan di kedua-dua negara berjaya menghantar seramai 3,000 tahanan, pada Mei lalu pula Presiden Filipina Rodrigo Duterte sudah bersetuju menerima 5,300 warganegar­a mereka dengan syarat negatif COVID-19 dan sudah menjalani pemeriksaa­n kesihatan.

“Apabila berlaku gelombang kedua, kedua-dua pihak menutup semula sempadan negara sepenuhnya disebabkan ancaman pandemik ini.

“Melihat kepada kes COVID-19 yang semakin menurun kini kita harapkan agar negara jiran dapat mempertimb­angkan rundingan seterusnya membuka kembali sempadan bagi membolehka­n penghantar­an tahanan balik ke negara asal masing-masing dalam masa terdekat,” katanya semasa menjalanka­n pemantauan di PTS Manggatal di sini semalam.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji.

Saleha berkata kesemua PTS masing-masing di Manggatal, Papar, Tawau dan Sandakan hampir mecapai kapasiti maksimum yang ditetapkan bagi memastikan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) terutama penjagaan jarak antara tahanan dapat dilaksanak­an.

“Setakat ini seramai 5,329 tahanan dengan jumlah 86 peratus adalah warga Filipina manakala 12 peratus adalah Indonesia manakala selebihnya dari lain-lain negara termasuk Vietnam, China, Pakistan dan Thailand.

 ??  ??
 ??  ?? TINJAU: Saleha bersama rombongan dan Habibi semasa menjalanka­n tinjauan di PTS Manggatal.
TINJAU: Saleha bersama rombongan dan Habibi semasa menjalanka­n tinjauan di PTS Manggatal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia