Utusan Borneo (Sabah)

Peniaga bersyukur dapat beroperasi semula

Penutupan sementara Pasar Tanjung dibuat selepas 10 peniaga dikesan positif COVID-19

- Oleh Hamzah Sanudin

TAWAU: Peniaga di Pasar Tanjung dan ikan di sini bersyukur pihak kerajaan sudah mula membenarka­n mereka beroperasi setelah ditutup awal Oktober lalu.

Penutupan sementara dibuat selepas 10 peniaga dikesan positif COVID-19 dan mewajib semua mereka termasuk pembantu penjaja menjalani saringan wabak bagi mengurangk­an risiko penularan jangkitan.

Melalui notis kebenaran beroperasi yang dikeluarka­n oleh pihak Majlis Perbandara­n Tawau (MPT), waktu beroperasi hanya bermula pada jam 6 pagi sehingga 2 petang setiap hari.

Hanyapenia­ga-peniagayan­g sudah menjalani ujian saringan COVID-19 dan memperoleh­i keputusan negatif sahaja yang dibenarkan berniaga pada ketika ini.

Pengunjung juga diminta untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa berbelanja di pasar berkenaan dan mengikuti semua arahan penguat kuasa yang bertugas.

Peniaga Masriani Ali, 32, menzahirka­n rasa syukur kerana pihak kerajaan mula membenarka­n semua peniaga di pasar ini beroperasi setelah hampir sebulan ditutup.

“Saya mendapat tahu kami boleh berniaga bermula pada 4 November ini melalui grup WhatsApp pasar, namun semua peniaga bersetuju hari pertama dibuka hanya untuk pembersiha­n sahaja.

“Jadi hari ini, semua peniaga yang dibenarkan berniaga membersihk­an tapak masing-masing supaya dapat disusun dengan baik dan di tahap yang bersih seperti yang diarahkan oleh pihak MPT,” katanya.

Beliau berkata, sejak pasar diarah tutup pendapatan kami memang cukup terjejas dan tiada apa boleh dibuat untuk memperoleh­i pendapatan kerana turut dikuaranti­n selepas ujian saringan COVID-19.

“Biasanya kami menjual di pasar ini boleh memperoleh­i sehingga RM300 sehari, tetapi hampir sebulan kami hanya berada di rumah sahaja tanpa ada kerja yang boleh dibuat untuk mendapatka­n pendapatan.

“Mujur kerajaan ada beri Bantuan Prihatin Nasional (BPN), itu sahaja dapat menampung hidup kami selain sedikit wang simpanan yang ada,” katanya.

Kegembiraa­n itu turut dikongsika­n oleh Ichal Baco, 32, yang merupakan peniaga sayur di Pasar Tanjung kerana dapat kembali berniaga selepas diarah untuk menutup premisnya.

Menurutnya, dia hanya mengharapk­an jualan sayurnya sahaja selama ini untuk menampung kehidupann­ya sekeluarga kerana tidak mempunyai pekerjaan lain.

“Memang dari dulu hasil penjualan sayur di pasar ini sahaja yang diharapkan dan penutupnya selama hampir sebulan menyebabka­n kami sekeluarga tiada sumber pendapatan.

“Syukur juga kerana pihak MPT tidak mengenakan sebarang bayaran sewa dari awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac lalu selain ada bantuan lain daripada kerajaan,” katanya.

Ichal berharap wabak COVID-19 ini cepat berakhir kerana sejak pandemik ini melanda di Tawau pendapatan peniaga sedikit menyusut dan kami pihak peniaga di Pasar Tanjung akan sentiasa mengikuti segala arahan yang diberikan.

“Semoga semua masyarakat di Tawau dapat memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan agar rantaian wabak dapat diputuskan dan kita boleh hidup seperti sedia kala,” katanya.

 ??  ?? BERSIH: Semua peniaga di Pasar Tanjung yang dibenarkan berniaga membuat pembersiha­n terlebih dahulu.
BERSIH: Semua peniaga di Pasar Tanjung yang dibenarkan berniaga membuat pembersiha­n terlebih dahulu.
 ??  ?? MASRIANI
MASRIANI
 ??  ?? ICHAL
ICHAL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia