Utusan Borneo (Sabah)

Mempelajar­i anatomi tubuh di Muzium Bagong

-

“TUBUH kita umpama pabrik (kilang). Ia tidak pernah berhenti, tentunya perlu dirawat dan dipelihara. Mulai lahir, kita sudah memiliki pabrik (kilang) automatik yang tercanggih dan terlengkap,” begitulah antara kata-kata yang tercatat di muzium tubuh.

Saya mungkin lupa bercerita mengenai pengalaman berkunjung ke Muzium Tubuh yang terbesar di Asia. Namanya Museum Tubuh Bagong atau The Bagong Adventure yang terletak di kawasan Jatim Park 1, Jalan Kartika, No 2, Sisir, Kecamatan Batu, Batu, Malang Jawa Timur.

Di muzium itu, kita boleh belajar mengenai anatomi tubuh manusia. Berkunjung ke Muzium Bagong, boleh menambahka­n pengetahua­n kita mengenai bagaimana sistem tubuh kita bekerja.

Banyak yang boleh kita pelajari di sini. Khususnya bagi anak-anak, remaja mahupun orang dewasa, kunjungan ke Museum Bagong ini amat bermafaat kerana ia memberi peluang untuk kita mempelajar­i organ-organ yang tubuh manusia.

Mengapa muzium itu dinamakan Museum Tubuh Bagong? Salah satu sebabnya kerana ketika berkunjung ke muzium itu akan disambut oleh patung kepala Bagong, salah satu tokoh pewayangan Jawa yang dikatakan paling cerdik.

Muzium Tubuh Bagong yang terletak di atas kawasan seluas satu hektar setinggi 24 meter ini terdiri daripada 13 zon iaitu zon otak, mulut, gigi, telinga, hidung, mata,paru-paru, jantung, hati, usus besar, usus halus, buah pinggang, pembuluh darah dan tulang. Kita boleh belajar anatomi tubuh manusia melalui tiga dimensi.

Sebagai contoh, kita berpeluang mempelajar­i fungsi dan bahagian-bahagian otak manusia di zon otak, yang pasti mampu memberi kefahaman kepada kita mengenai bahagian dan fungsi otak manusia secara terperinci dan nyata.

Bagaimana sistem organ mata menangkap cahaya, atau bagaimana cara merawat kesihatan mata. Semua informasi mengenai mata, boleh kita pelajari di zon mata.

Di zon gigi, kita dapat melihat bagaimana proses terjadinya karang gigi dan sebagainya. Lain di zon gigi, lain lagi pengalaman yang kita dapati jika berkunjung ke zon usus, pembuluh darah, jantung, paru-paru, hidung, telinga, buah pinggang dan sebagainya.

Memasuki Muzium Bagong, kita akan dapat melihat diaorama organ-organ tubuh manusia berukuran besar. Kita dapat merasakan betapa kita menjadi makhluk kecil di antara replika organ tubuh yang berukuran besar.

Segala fakta mengenai sistem tubuh kita boleh kita lihat ketika berkunjung ke muzium ini. Umpamanya, kita dapat tahu mengenai proses saluran kencing, apa yang menyebabka­n kita kencing, apa yang menyebabka­n kita sendawa, berdengkur dan sebagainya.

Di Muzium ini juga, pengunjung berpeluang memeriksa tekanan darah mereka, kadar gula dalam darah, kolesterol, kesihatan mata, osteoporos­is, kencing manis, asam urat (gout), diabetes, darah tinggi, dan banyak lagi.

Muzium Bagong ini juga dilengkapi dengan lif, kafetaria dan sebagainya. Ia adalah satu tempat yang perlu dikunjungi jika anda berkunjung ke Batu Malang, Jawa Timur, Indonesia. Muzium Tubuh yang pertama dan paling besar di Asia.

“Jagalah pabrik (kilang) anda kerana ia adalah aset berharga milik anda seorang dan satu-satunya,” kata-kata yang tertulis itu melekat dalam ingatan saya selepas kunjungan ke Muzium Bagong.

 ??  ??
 ??  ?? HIDUNG: Melihat hidung dengan lebih terperinci.
ANATOMI TUBUH MANUSIA
HIDUNG: Melihat hidung dengan lebih terperinci. ANATOMI TUBUH MANUSIA
 ??  ?? BESAR: Replika paru-paru dilihat dari dekat.
BESAR: Replika paru-paru dilihat dari dekat.
 ??  ?? GIGI KITA: Bahagian gigi manusia.
GIGI KITA: Bahagian gigi manusia.
 ??  ?? TUBUH KITA: Pabrik anda tidak pernah berhenti, perlu dirawat dan dipelihara.
TUBUH KITA: Pabrik anda tidak pernah berhenti, perlu dirawat dan dipelihara.
 ??  ?? MUZIUM TUBUH BAGONG
MUZIUM TUBUH BAGONG
 ??  ?? KEPALA: Sistem di bahagian kepala manusia.
KEPALA: Sistem di bahagian kepala manusia.
 ??  ?? TUBUH UMPAMA KILANG: Jagalah pabrik (kilang) anda kerana ia adalah aset berharga milik anda seorang dan satu-satunya.
TUBUH UMPAMA KILANG: Jagalah pabrik (kilang) anda kerana ia adalah aset berharga milik anda seorang dan satu-satunya.
 ??  ?? RUANG USG
RUANG USG
 ??  ?? USUS: Villi Usus dibesarkan saiznya 100 kali.
USUS: Villi Usus dibesarkan saiznya 100 kali.
 ??  ?? DALAM TUBUH: Beginilah bentuk organ dalam tubuh kita.
DALAM TUBUH: Beginilah bentuk organ dalam tubuh kita.
 ??  ?? UJI KESIHATAN MATA: Pengunjung boleh menguji kesihatan mata mereka.
UJI KESIHATAN MATA: Pengunjung boleh menguji kesihatan mata mereka.
 ??  ?? KENANGAN: Penulis mengabadik­an gambar di Muzium Tubuh.
KENANGAN: Penulis mengabadik­an gambar di Muzium Tubuh.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia