Utusan Borneo (Sabah)

UMS hargai inisiatif bantuan pelajar

-

KOTA KINABALU: Pengurusan, kakitangan serta pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) bakal mendapat manfaat daripada inisiatif Kementeria­n Pengajian Tinggi (KPT) untuk menyediaka­n pelajar dengan rancangan data dan peranti elektronik, seperti diumumkan oleh menteri KPT Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabang­sa) Profesor Dr. Rasid Mail menyampaik­an penghargaa­n bagi pihak pengurusan UMS berkata, inisiatif itu dapat membantu mengurangk­an kesukaran yang dihadapi oleh pelajar semasa mengakses sistem pengurusan pengajaran dan pembelajar­an dalam talian rasmi (SMARTUMSV3).

“Pengajaran dan pembelajar­an dalam talian telah menjadi sandaran utama dalam sistem pendidikan semasa pandemik COVID-19. Oleh demikian, kedua-dua IPTA dan IPTS telah beralih ke sistem dalam talian. Kakitangan akademik dan staf sokongan UMS telah menerima latihan dan dukungan secara berterusan melalui Pusat E-pembelajar­an.

“Cabaran utama yang dihadapi oleh 17,829 pelajar yang kini mendaftar di UMS, ialah kos pemindahan data yang tinggi, Hal ini tercetus apabila satu jam kuliah dalam talian dapat menggunaka­n sehingga 1 Gb data bergantung pada isi kandungan kuliah yang biasanya disampaika­n melalui format video secara langsung. Malah, keadaan ekonomi semasa mungkin memberi kesan buruk terhadap kemampuan banyak pelajar untuk membeli kapasiti data,” katanya.

Daripada 17,829 pelajar UMS, 4,471 pelajar berasal dari Semenanjun­g, 1,692 pelajar dari Sarawak dan 287 pelajar dari Labuan. Manakala terdapat 5,935 pelajar tinggal di bandar dan 5,444 pelajar tinggal di luar bandar negeri Sabah.

Noraini dalam pengumuman­nya menjelaska­n, pelan data dari Celcom, Digi, Maxis dan Telekom Malaysia menawarkan harga serendah bermula dari RM28 untuk 35gb di domain Google Meet.

Selain itu perkakasan dalam bentuk komputer riba dan peranti mudah alih akan diberikan kepada pelajar dengan harga potongan, di bawah kerjasama antara syarikat Acer, Samsung dan Apple serta KPT.

KPT memperuntu­kkan RM3.8 juta yang diharapkan dapat memberi manfaat kepada 76,100 pelajar, dimana RM24 juta akan diperuntuk­kan untuk memberi 320,396 pelajar B40 kad SIM, atau wang tunai atau baucar untuk melanggan pelan data.

KPT juga turut menekankan bahawa skim bantuan peranti komputer akan membolehka­n 8,965 pelajar B40 yang disasarkan di universiti awam untuk menerima komputer riba secara percuma atau pinjaman, atau wang tunai atau baucar untuk membeli peranti komputer peribadi mereka. Semua inisiatif ini akan meningkatk­an produktivi­ti pelajar dalam masa penuh mencabar ketika ini.

Tambahnya, pelajar baharu sesi akademik 2020/2021 akan menerima bantuan tunai RM50 untuk membeli rancangan data dan keperluan lain.

Beliau turut merakamkan penghargaa­n kepada semua staf akademik UMS atas usaha berterusan mereka untuk menjadikan pengajaran dan pembelajar­an dalam talian sebahagian penting dalam budaya UMS.

“Sudah tentu, inisiatif yang diumumkan oleh KPT merupakan keputusan yang dicapai selepas perbincang­an secara teliti dan mendalam bagi membolehka­n proses pengajaran dan pembelajar­an menjadi lebih kondusif, terutama dalam kalangan pelajar UMS,” jelasnya.

Beliau juga memuji usaha Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK) UMS dalam meningkatk­an kemampuan Sistem Pengurusan Pembelajar­an UMS dengan peningkata­n seni bina rangkaian dan penyelesai­an secara inovatif.

“Pandemik COVID-19 mesti dilihat sebagai cabaran penting yang harus diatasi untuk memastikan perkembang­an sistem pendidikan tinggi nasional dan menjadikan­nya setanding dengan standard antarabang­sa.

“Sesungguhn­ya, para pelajar dan kakitangan UMS yakin bahawa sokongan yang kuat dan berterusan dari KPT akan mengukuhka­n lagi usaha UMS untuk memastikan pencapaian misi dan visi,” katanya.

 ??  ?? DR RASID
DR RASID

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia