Utusan Borneo (Sabah)

510 TAHANAN POSITIF COVID-19

Hasil saringan di PTS Manggatal dan PTS Tawau

- Oleh Vivi Olviana Najurus

KOTA KINABALU: Seramai 510 tahanan di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Manggatal di sini dan Tawau disahkan positif COVID-19 melalui saringan yang dijalankan terhadap 3,124 tahanan.

Pengarah Majlis Keselamata­n Negara (MKN) Sharifah Sitti Saleha Habib Yussof berkata, hasil ujian itu adalah dapatan melalui saringan yang dijalankan di PTS Manggatal pada 30 Oktober manakala 2 November bagi PTS Tawau.

“Bagi kes positif di Manggatal dan Tawau ianya membabitka­n tahanan baharu yang mendapat keputusan negatif semasa saringan pertama dan tidak bergejala.

“Sebaik ditempatka­n di PTS selama 14 hari, tahanan ini bagaimanap­un mula menunjukka­n gejala demam dan batuk sebelum disahkan positif COVID19 dan kes masih dalam siasatan dan pemantauan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya semasa sidang media di PTS Manggatal di sini semalam.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji.

Saleha berkata, MKN komited melaksanak­an segala langkah yang perlu bagi memastikan penularan COVID-19 dapat dikawal di PTS iaitu menghentik­an sesi lawatan pihak luar termasukla­h ahli keluarga bagaimanap­un aspek keselamata­n, pihak konsul serta kedutaan negara luar adalah dikecualik­an.

“Kita juga melaksanak­an pengasinga­n melalui zon blok iaitu mengasingk­an tahanan mengikut kategori selain memastikan tahanan di hospital dikawal sepenuhnya oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah di sini.

“Bagi PTS Tawau, JIM Sabah juga membantu kawalan keselamata­n bagi orang tahanan yang berada di pusat kuarantin atau pusat rawatan tambahan.

“MKN juga dalam proses penilaian keperluan ‘makeshif treatment centre’ (MTC) bagi memudahkan pelaksanaa­n rawatan dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD),” katanya.

Beliau juga menggesa agar pengaktifa­n segera pusat kuarantin tahanan pendatang tanpa izin (PTI) dilaksanak­an segera bagi memastikan pengasinga­n antara tahanan mengikut kategori dapat dijalankan seterusnya mampu mengekang penularan di masa hadapan.

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Saleha ditemui media semasa menjalanka­n pemantauan di PTS Manggatal di sini.
SIDANG MEDIA: Saleha ditemui media semasa menjalanka­n pemantauan di PTS Manggatal di sini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia