Utusan Borneo (Sabah)

35 tapak baharu liputan jalur lebar akan dibina

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Sebanyak 35 tapak baharu untuk liputan jalur lebar 4G akan dibina di negeri ini menerusi perancanga­n Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Yakub Khan berkata, tapak baharu berkenaan bertujuan menambah baik kualiti liputan dan bangunan tahun ini di kawasan bandar dan pinggir bandar.

Katanya, bagi meluaskan liputan 4G di negeri ini, Suruhanjay­a Komunikasi dan Mutlimedia Malaysia (SKMM) turut menaik taraf sebanyak 924 stesen pangkalan 2G dan 3G sedia ada kepada 4G.

Menurutnya, SKMM juga akan meningkatk­an kelajuan liputan jalur lebar di kawasan luar bandar dan pedalaman pada 2021.

“Menerusi perancanga­n JENDELA untuk 2022, sebanyak 382 tapak baharu akan dibina di seluruh Sabah bagi meluaskan liputan 4G di kawasan bandar dan pinggir bandar.

“Tahun ini naik taraf kelajuan jalur lebar mudah alih melibatkan sebanyak 1,048 stesan pangkalan sedia ada kepada 4G. Manakala, pada 2021 ‘Sunset 3G network’ dan perpindaha­n spektrum bagi pengguna teknologi 4G, sekali gus meningkatk­an kelajuan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat dan juga sesi taklimat berhubung JENDELA daripada Pengarah SKMM Negeri Sabah Izani Othman di sini kelmarin.

Yakub berkata, bagi rangkaian gentian optik yang berkeupaya­an gigabit di premis dan kediaman, sebanyak 41,227 premis terlibat tahun ini dan sebanyak 133,902 premis dijangka akan disambungk­an tahun hadapan.

Menurutnya, capaian gentian optik untuk 76,037 premis akan disambungk­an pada 2022.

Pihaknya berharap perancanga­n yang dijadualka­n itu akan berjalan lancar bagi memenuhi kehendak pengguna yang semakin meningkat kebelakang­n ini, lebih-lebih dalam situasi pandemik COVID-19 yang melanda negara.

Dalam pada itu katanya, status kesalinghu­bungan kadar penembusan jalur lebar bagi 100 penduduk di Sabah adalah 83.3 peratus.

Beliau berkata, 3.1 peratus bagi jalur lebar talian tetap dan selebihnya 80.7 peratus bagi jalur lebar mudah alih.

Menurutnya, bagi liputan jalur lebar mudah alih di kawasan berpendudu­k, sehingga suku pertama tahun ini, jaringan 2G sebanyak 88.3 peratus, 3G sebanyak 84.1 peratus dan 4G pula sebanyak 71.7 peratus.

 ??  ?? KUNJUNGAN: Yakub (tengah) menerima kunjungan hormat daripada pihak SKMM.
KUNJUNGAN: Yakub (tengah) menerima kunjungan hormat daripada pihak SKMM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia