Utusan Borneo (Sabah)

Dua makmal molekular tambahan diwujud di Sabah

- Oleh Siti Aisyah Narudin

KOTA KINABALU: Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) akan mewujudkan dua makmal molekular tambahan di negeri ini melibatkan Hospital Daerah Tawau dan Hospital Daerah Lahad Datu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Menteri Kewangan II Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, peruntukan untuk mewujudkan makmal berkenaan bagi menampung kapasiti ujian yang tinggi di negeri ini.

Menurutnya, kedua-dua makmal berkenaan mampu menjalanka­n 200 ujian sehari dan dijangka mula beroperasi pada awal bulan Disember ini.

“Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) juga menerima tambahan kit ujian RTKAntigen sebanyak 200,000 unit daripada KKM.

“Setakat ini, sebanyak 117,825 kit ujian diagihkan kepada hospital, Pejabat Kesihatan Kawasan serta Pejabat Kesihatan Daerah,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Pada masa sama jelasnya, makmal ujian ‘Polymerase Chain Reaction’ (PCR) COVID-19 sementara turut diwujudkan di Klinik Kesihatan Kubota Tawau bagi menampung sebahagian ujian PCR di daerah berkenaan.

Masidi berkata, makmal ujian PCR COVID-19 itu dijangka boleh beroperasi sepenuhnya pada minggu hadapan.

Dalam pada itu katanya, berdasarka­n laporan JKNS pada 3 November, Sabah merekodkan sebanyak 678 kes baharu positif COVID19.

Bagaimanap­un jelasnya, sebanyak 12 kes kematian turut dilaporkan di Sabah membabitka­n sembilan kes di Kota Kinabalu dan masing-masing satu kes di Kudat, Tawau dan Sandakan.

“Setakat ini, jumlah kumulatif kes COVID-19 di negeri ini sebanyak 16,873 kes dan seramai 549 pesakit COVID-19 dilaporkan discaj dan sembuh dari hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC).

“Seramai 3,139 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 695 orang di hospital dan 2,444 orang di PKRC. Bilangan pesakit COVID-19 dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah seramai 79 orang manakala 21 orang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilated),” jelasnya.

 ??  ?? STATISTIK: Jumlah kes COVID-19 di seluruh Sabah.
STATISTIK: Jumlah kes COVID-19 di seluruh Sabah.
 ??  ?? MASIDI
MASIDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia