Utusan Borneo (Sabah)

Bagi Filipina, Indonesia buka semula sempadan ditutup susulan penularan COVID-19

-

“Kesemua tahanan ini digelar banduan dagang kerana tidak memiliki dokumen dan untuk ditahan sementara bagi menunggu pengusiran dijalankan,” katanya.

Menurutnya walaupun pada dasarnya PTS terbabit mampu menampung keseluruha­n 6750 tahanan bagaimanap­un disebabkan COVID-19 hanya kira-kira 5,000 tahanan kini bagi memastikan penjagaan jarak antara tahanan dan seramai 5,238 tahanan yang ada ketika ini.

“Walaupun jumlah ini masih terkawal kita sudah membuat perancanga­n lanjut bagi mengatasi kemungkina­n adanya tahanan berlebihan iaitu dengan mewujudkan lapan dewan di seluruh negeri untuk dijadikan sebagai dewan kuarantin bagi tahanan PTS.

“Bagi PTS Manggatal kita juga mempunyai dua blok simpanan untuk dijadikan sebagai blok pengasinga­n kepada tahanan yang berkemungk­inan bergejala,” katanya. Sementara itu Habibi berkata, pihaknya akan menempatka­n dua anggota setiap masa bagi mengawal pergerakan keluar masuk di PTS Manggatal.

“Penugasan selama lapan jam mengikut masa ditetapkan ini akan dibantu RELA serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pergerakan keluar masuk adalah terbatas termasuk kakitangan PTS seminima mungkin.

“Kita hanya membenarka­n pergerakan penghantar­an makanan yang ketat dengan mematuhi SOP sepenuhnya manakala urusan lawatan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) adalah tidak dibenarkan sama sekali.

“Konsep PKPD di PTS Manggatal adalah sama seperti di Penjara Kepayan yang tidak memerlukan pemasangan kawat duri berikutan PTS ini lengkap dengan ciri keselamata­n termasukla­h pagar tinggi yang sudah dinaik taraf,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia