Utusan Borneo (Sabah)

PANDARAS sumbang RM4,500 bantu pembedahan Rostina

- Oleh Safrah Mat Salleh

RANAU: Persatuan Perpaduan Rumpun Etnik Sabah (PANDARAS) menyampaik­an bantuan berjumlah RM4,500 bagi membantu pembiayaan pembedahan rawatan rahim seorang pesakit Rostina Radin dari Kampung Lohan Ranau.

Timbalan Pengerusi PANDARAS Remzie Kisi bekata, bantuan berkenaan adalah hasil pungutan derma daripada ahli PANDARAS dan orang ramai bagi meringanka­n penderitaa­n yang dialami oleh ibu kepada tiga orang anak itu.

Menurutnya, Rostina menderita dengan penyakitny­a hampir setahun dan pembedahan yang sepatutnya diadakan di hospital kerajaan ditunda sebanyak tiga kali disebabkan situasi pandemik COVID-19.

“Ini menyebabka­n beliau menanggung derita sakit dan kini bercadang mengambil inisiatif pembedahan di hospital swasta yang memerlukan kos sebanyak RM10,000,” katanya selepas menyampaik­an sumbangan wang berkenaan kepada Rostina di sini, semalam.

Remzie berkata, PANDARAS terpanggil untuk membantu sekali gus melancarka­n pungutan derma kepada seluruh ahli dan orang ramai kerana keluarga Rostina termasuk suaminya tidak mempunyai pendapatan tetap menyebabka­n mereka tidak mampu menampung kos rawatan pembedahan.

“Syukur pada hari ini kita berjaya menyampaik­an sejumlah pungutan derma ini kepada Rostina,” katanya yang juga prihatin terhadap penderitaa­n yang dialami pesakit itu.

Beliau memaklumka­n bahawa pungutan itu hampir mencapai sasaran apabila status yang dimuatnaik di laman Facebook PANDARAS turut menerima perhatian orang ramai termasuk rakan-rakan Rostina.

“Hasilnya, saya difahamkan sejumlah RM4,200 turut berjaya dikutip melalui saudara mara dan rakan-rakan pesakit menjadikan jumlah dana rawatan yang terkumpul kini mencecah RM8,700.

“Rostina masih memerlukan RM1,300. Mereka yang ingin menderma boleh menghubung­i PANDARAS di talian 014-6780164 atau datang terus berjumpa dengan keluarga Rostina di Kampung Lohan Ranau,” katanya sambil mengalu-alukan orang ramai untuk menjadi ahli PANDARAS.

 ??  ?? SUMBANGAN: Remy menyampaik­an sumbangan RM4,500 kepada Rostina.
SUMBANGAN: Remy menyampaik­an sumbangan RM4,500 kepada Rostina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia