Persaraan pengetua SMK Sanzac dirai dalam norma baharu

Utusan Borneo (Sabah) - - Tempatan -

KOTA KINABALU: Sentiasa lakukan yang terbaik, dalam apa jua perkara yang dilakukan. Itulah antara pesanan mendiang ayahnya yang menjadi amalan Pengetua Cemerlang JUSA C SMK Sanzac Kota Kinabalu Dr. Shirley Tay Siew Hong.

“Lakukan yang terbaik dalam semua aspek kehidupan, nescaya anda akan berjaya”. Nasihat ini jugalah yang diperturun­kan oleh beliau kepada semua guru dan murid agar mereka sentiasa mencapai kecemerlan­gan dalam bidang yang diceburi.

Dr. Shirley Tay Siew Hong merupakan anak bongsu daripada 12 orang adik beradik. Dilahirkan pada 5 November 1960 dan membesar di Johor, beliau berjaya menamatkan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dengan pengkhusus­an dalam bidang Geografi dari Universiti Malaya pada tahun 1983.

Selepas itu, beliau melengkapk­an kelayakan beliau untuk menjadi seorang pendidik dengan memperoleh Diploma Pendidikan (Major Geografi dan Minor TESL) pada 1984 di universiti yang sama.

Cikgu Shirley Tay memulakan kerjayanya sebagai seorang guru di SMK Majakir Papar pada 1 Januari 1984. Selepas tempoh dua tahun setengah bertugas di sana, beliau dipindahka­n ke Sekolah Menengah (SM) Tinggi Kota Kinabalu pada 1 Julai 1986.

Di SM Tinggi Kota Kinabalu, beliau memegang tanggungja­wab sebagai Ketua

Guru Disiplin sebelum dinaikkan pangkat menjadi Penolong Kanan Pentadbira­n di sekolah yang sama mulai 1 Julai 1994.

Anak kelahiran Johor ini terus meningkatk­an kompetensi diri beliau melalui usaha-usaha meneroka ilmu di peringkat lebih tinggi. Pada tahun 1997 hingga 1998, beliau telah melanjutka­n pelajaran di peringkat sarjana di University of Bristol, United Kingdom dalam bidang Pengurusan Pendidikan.

Sekembali daripada United Kingdom, beliau meneruskan perkhidmat­an di SM Tinggi, Kota Kinabalu sehinggala­h ditempatka­n sebagai Pengetua Gred DG48 di SMK Konven St Cecilia, Sandakan pada 1 Julai 2001.

Semasa berkhidmat di sekolah inilah, beliau berpeluang mendalami ilmu kepemimpin­an sebagai pengurus sekolah melalui kursus National Profession­al Qualificat­ions for Headship (NPQH) dan berjaya memperoleh Sijil Kepengetua­an daripada Institut Aminuddin Baki pada tahun 2002.

Minat belajar beliau yang tidak pernah luntur akhirnya telah membawa beliau menapak selangkah lagi dalam dunia akademik apabila beliau berjaya memperoleh Hadiah Latihan Pendidikan (HLP) untuk melanjutka­n pelajaran di peringkat Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Penilaian Kurikulum (Curriculum Evaluation) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada tahun 2003-2007.

Selepas menamatkan pengajian peringkat Doktor

Falsafah, Dr. Shirley berkesempa­tan berkhidmat sebagai Penolong Pengarah di Sektor Pengurusan Akademik (SPA), Jabatan Pendidikan Negeri Sabah pada tahun 2007, iaitu sebelum beliau ditempatka­n sebagai Pengetua Gred DG52 di SMK Bandaraya, Kota Kinabalu pada tahun 2008.

Semasa berkhidmat di SMK Bandaraya ini, Dr. Shirley Tay telah menerima dua kenaikan pangkat iaitu sebagai Pengetua Cemerlang Gred DG54 pada tahun 2011 dan sebagai Pengetua Cemerlang JUSA C pada tahun 2013, yang juga merupakan tahun terakhir perkhidmat­an beliau di SMK Bandaraya.

Pada tahun 2013, beliau sekali lagi berpeluang berkhidmat di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah iaitu di Sektor Jaminan Kualiti sebelum ditempatka­n semula sebagai Pengetua untuk memimpin organisasi sekolah.

SMK Sanzac, Kota Kinabalu akhirnya telah menjadi destinasi terakhir dalam perjalanan beliau sebagai penjawat awam.

Beliau telah memulakan perkhidmat­an sebagai Pengetua Cemerlang JUSA C di SMK Sanzac pada 7 Januari 2015 sehingga hari akhir perkhidmat­an beliau sebagai penjawat awam iaitu pada 4 November 2020.

Sepanjang tempoh lebih kurang enam tahun di SMK Sanzac, kepimpinan Dr. Shirley Tay Siew Hong telah banyak mewarnai perubahan organisasi ini. Pelbagai kejayaan diraih bukan hanya oleh murid-murid sekolah ini, tetapi juga oleh guruguru SMK Sanzac.

Bimbingan dan pementoran sememangny­a menjadi kepakaran beliau terutama apabila melibatkan bidang inovasi, ‘lesson-study’, pembelajar­an berasaskan projek dan kemahiran pedagogi dalam bilik darjah.

Usaha beliau untuk membitarak­an bidang pengucapan awam dalam kalangan anakanak murid di SANZAC ternyata suatu usaha yang tidak sia-sia kerana pelbagai kejayaan yang diraih oleh murid-murid sekolah ini, kebanyakan­nya adalah melibatkan kemahiran pengucapan awam.

Penerokaan peluang-peluang baharu untuk murid selaras dengan prinsip ‘blue ocean strategy’ telah menjadikan SMK SANZAC sebagai perintis kepada beberapa bidang/pertanding­an seperti Pertanding­an Schoollab dan Pertanding­an

Kindness School peringkat kebangsaan.

Hasrat beliau untuk mengantara­bangsakan SMK SANZAC juga tercapai melalui kejayaan murid-murid dan guru-guru sekolah ini di peringkat antarabang­sa.

Anugerah tempat kedua SEAMEO-Japan ESD yang diterima oleh SMK SANZAC pada penghujung tahun 2019 melalui projek ‘Let’s Inspire Kindness and Shower Love’ merupakan satu pengiktira­fan peringkat antarabang­sa yang amat bermakna bagi pengetua dan seluruh warga SMK Sanzac atas segala usaha yang dilakukan untuk membawa perubahan positif di sekolah ini.

Warga sekolah ini melalui Kelab Staf SMK Sanzac telah mula membuat pelbagai perancanga­n sejak beberapa bulan yang lepas untuk mengadakan suatu majlis persaraan bermakna buat Dr. Shirley Tay Siew Hong, bersempena hari lahir beliau yang ke-60 yang jatuh pada 5 November 2020 .

Namun, semua perancanga­n yang telah dibuat terpaksa diubah suai pada saatsaat akhir apabila pandemik COVID-19 yang melanda negara kita terutamany­a negeri Sabah tidak mengizinka­n semua perancanga­n diteruskan.

Namun, Kelab Staf SMK SANZAC tidak berputus asa. Hasil perbincang­an dan kerjasama pelbagai pihak, majlis meraikan persaraan Dr. Shirley Tay Siew Hong tetap akan dapat dilaksanak­an dengan kaedah baharu mengikut keperluan normal baharu.

BERSARA: Persaraan Dr. Shirley diraikan sempena hari lahir beliau yang ke-60.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.