Utusan Borneo (Sabah)

Infrastruk­tur awam, COVID-19 komponen penting Belanjawan 2021 untuk rakyat Sabah

-

KOTA KINABALU: Rakyat Sabah berharap Belanjawan 2021 akan memberikan penyelesai­an berkesan dalam isu pembanguna­n infrastruk­tur awam dan langkah mencegah serta menangani penularan pandemik COVID-19 kerana ia merupakan dua komponen penting untuk membantu rakyat di negeri ini.

Penghantar perkhidmat­an makanan Grab Food, Iffat Izzuan Jais, 22, dari Kampung Laya-laya, Tuaran berkata infrastruk­tur awam terutama jalan raya telah menjadi masalah rakyat Sabah sejak sekian lama dan beliau berharap Belanjawan 2021 dapat memberi penyelesai­an berkesan buat isu itu.

“Selain jalan raya sekolah daif juga menjadi masalah lama yang tidak selesai, belanjawan setiap tahun ada peruntukan jalan raya dan sekolah tetapi sama saja. Jadi Belanjawan 2021 ini mesti umum sesuatu yang berbeza supaya masalah ini dapat diselesaik­an dengan berkesan,” katanya kepada Bernama.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dijadual membentang­kan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat pada Jumaat ini (6 November).

Pegawai pentadbira­n di institusi pengajian tinggi Nuraini Aziran, 39, dari Sepanggar di sini berkata Belanjawan 2021 perlu ‘mesra’ pembanguna­n ekonomi untuk rakyat pasca COVID-19 bagi memastikan sektor ekonomi yang terjejas dapat dipulihkan segera.

“Bantuan seperti Prihatin Nasional, Subsidi Upah dan pakej bantuan COVID-19 lain perlu diteruskan tetapi menerusi Belanjawan 2021 bantuan seperti ini diperkemas dan ditambah baik bagi membolehka­n rakyat serta sektor ekonomi mampu berjalan semula,” katanya.

Presiden Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) Tan Sri TC Goh berharap kerajaan dapat melancarka­n pelan pemvaksina­n COVID-19 dalam Belanjawan 2021 kerana ia adalah komponen utama memerangi pandemik itu.

“Pelan ini adalah penting untuk memudahkan penyediaan vaksin percuma atau berpatutan kepada rakyat Sabah dan penduduk Malaysia memandangk­an vaksin ini dijangka boleh didapati di pasaran menjelang tahun depan,” katanya.

Dalam pada itu Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin senada dengan rakyat negeri ini dan berkata antara infrastruk­tur penting ialah Lebuhraya Pan Borneo yang perlu kembali ke landasan asal pembinaann­ya dan Belanjawan 2021 diharap dapat mempercepa­t pelaksanaa­n projek itu.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata Pan Borneo, melibatkan kos RM30 bilion, bukan sebuah projek lebuh raya biasa sebaliknya memainkan peranan dalam menambah baik sistem jalan raya negeri yang seterusnya mempercepa­t pertumbuha­n ekonomi untuk rakyat.

“Kerajaan Negeri sedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutua­n dan semua pihak terlibat bagi memastikan kepentinga­n rakyat di negeri ini dijaga sebaiknya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia