Utusan Borneo (Sabah)

Pemegang LPF perlu kongsi data dengan kerajaan

Ia sebagai usaha bersama tingkat, memampanka­n lagi pembanguna­n industri hutan di negeri ini

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Para pemegang Lesen Perladanga­n Hutan (LPF) di negeri ini perlu berkongsi semua data penting mereka dengan kerajaan negeri sebagai salah satu usaha bersama untuk meningkatk­an dan memampanka­n lagi pembanguna­n industri hutan di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) salah satu inisiatif penting untuk mengatasi jurang dan memudahkan pelaksanaa­n industri perladanga­n hutan di negeri ini.

Pada masa yang sama, beliau tidak mahu syarikatsy­arikat ini mengamalka­n pemikiran bersendiri­an dan menyimpan maklumat sebaliknya perlu bekerjasam­a, berkongsi maklumat dan data untuk kebaikan bersama dan negeri ini.

“Saya tahu terdapat beberapa syarikat besar mempunyai aktiviti sendiri (dalam industri perhutanan) dan ada yang sangat maju tapi sayangnya mereka tidak bersedia untuk berkongsi data-data penting itu.

“Mungkin ini disebabkan oleh mentaliti persaingan di antara para pemegang LPF.

“Tetapi jika anda ingin berjaya, anda harus mengubah cara pemikiran anda bekerja dan menyimpan maklumat untuk diri sendiri kerana anda sebenarnya tidak bersaing antara satu sama lain sebaliknya anda bersaing dengan negara lain seperti Vietnam, Indonesia, China dan lain-lain.

“Kita hanyalah pemain kecil dalam industri global ini dan saling bergantung kepada satu sama lain,” katanya.

Abang Johari memberitah­u demikian semasa berucap menyempurn­akan Majlis Perasmian Seminar Industri Perladanga­n Hutan 2020 di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Beliau berkata, R&D dalam industri perhutanan adalah usaha jangka panjang dan berterusan, justeru komitmen daripada agensi kerajaan berkaitan seperti Jabatan Hutan Sarawak (JHS) dan pemegang LPF sangat penting.

“Komitmen di sini bermaksud bekerjasam­a, penyediaan dana dan sumber yang mencukupi dan perkongsia­n maklumat serta data untuk mendapatka­n hasil yang diinginkan.

“Mungkin ini adalah waktu yang tepat untuk memiliki data yang lebih menyeluruh mengenai perladanga­n hutan di Sarawak.

“JHS akan menjadi penyimpan data ini dan akan memudahkan perkongsia­n maklumat di antara industri,” katanya.

Mengulas lanjut Abang Johari memberitah­u maklumat seperti penemuan serta R&D sangat penting untuk menghasilk­an kayu dan produk kayu yang lebih berkualiti dalam meningkatk­an produktivi­ti ladang hutan.

Katanya, para pemain industri sudah ada yang memulakan program-program R&D masing-masing yang memerlukan masa, wang, dedikasi dan kerjasama dengan banyak pihak, sejak lebih 20 tahun lalu.

“Kita hanya dapat memiliki kelestaria­n dan keuntungan jika kita ambil peduli dengan kualiti (pokok) yang kita tanam dan untuk itu, kita mesti melabur dalam R&D untuk menjaga ladang kita dengan baik.

“Pembanguna­n perladanga­n yang agresif hanya dapat dicapai jika dibuat berdasarka­n kajian yang saintifik dan dapat dipercayai,” ujarnya.

“Untuk melaksanak­an R&D ini, anda tidak dapat bekerja bersendiri­an, sebaliknya jalinan usaha sama dan perkongsia­n pengetahua­n adalah amat penting untuk hasil yang baik,” tambah beliau lagi.

Pada majlis yang sama, turut diadakan ialah upacara menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) untuk projek kolaborasi antara kerajaan negeri melalui JHS dengan Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia (FRIM) dan pemegang LPF.

Pemegang LPF yang menyertai MoU dengan JHS di sini semalam ialah Ta Ann Holdings Berhad, RH Forest Corporatio­n Sdn Bhd, Polima Forest Bintulu Sdn Bhd, Billion Venture Sdn Bhd, Shin Yang Forestry Sdn Bhd, Limba Jaya Timber Sdn Bhd, Bigwood Sdn Bhd, Immense Fleet Sdn Bhd, Subur Tiasa Forestry Sdn Bhd, Tanjong Manis Resources Sdn Bhd, Samling Reforestat­ion (Bintulu) Sdn Bhd, Daiken Sarawak Sdn Bhd dan Sarawak Planted Forest Sdn Bhd.

“Melalui usaha menandatan­gani MoU pada hari ini, usaha sama R&D yang lebih kuat akan dibentuk melalui penubuhan kumpulan

Saya tahu terdapat beberapa syarikat besar mempunyai aktiviti sendiri (dalam industri perhutanan) dan ada yang sangat maju tapi sayangnya mereka tidak bersedia untuk berkongsi data-data penting itu.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

kerja antara semua pemegang lesen perladanga­n hutan di negeri ini.

“Ia merupakan strategi kecemerlan­gan oleh Jabatan Hutan dalam memperkuku­hkan kerjasama dalam R&D yang berkaitan dengan industri perladanga­n hutan.

“MoU ini kelak bukan hanya melibatkan pembiakan pokok dan saya diberitahu bahawa kita juga akan memperheba­tkan program pembiakan yang telah disusun dengan baik oleh Pusat Penyelidik­an Perindustr­ian Hutan, JHS,” katanya.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Pengangkut­anSarawakD­atuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting, Pengarah JHS Datu Hamden Mohammad dan Timbalanny­a Jack Liam.

 ??  ?? USAHA SAMA: Hamden (empat kiri) dan Jack (tiga kanan) menunjukka­n MoU yang ditandatan­gani bersama wakil FRIM (di skrin), sambil disaksikan Abang Johari (empat kanan) dan yang lainnya.
USAHA SAMA: Hamden (empat kiri) dan Jack (tiga kanan) menunjukka­n MoU yang ditandatan­gani bersama wakil FRIM (di skrin), sambil disaksikan Abang Johari (empat kanan) dan yang lainnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia