Utusan Borneo (Sabah)

200 peserta hadiri Seminar Industri Perladanga­n Hutan 2020

-

MIRI: Kira-kira 200 peserta menghadiri Seminar Industri Perladanga­n Hutan 2020 selama dua hari yang bertemakan ‘Memajukan Perhutanan Mampan Melalui Perladanga­n Hutan Industri Secara Agresif’’ yang dianjurkan Jabatan Hutan Sarawak (JHS) di sini mulai semalam.

Peserta terdiri daripada pegawai daripada pelbagai agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi dan pemegang Lesen Perladanga­n Hutan (LPF).

Selain daripada peserta tempatan, seminar turut dihadiri peserta dari Sabah serta Semenanjun­g Malaysia dan lain-lain secara dalam talian melalui aplikasi Zoom.

Pengarah JHS Datu Hamden Mohammad memberitah­u, seminar itu diadakan bagi mewujudkan platform untuk berkongsi pengetahua­n dan pengalaman melalui perbincang­an yang berkaitan dengan aspek industri perladanga­n hutan.

Ini juga untuk mengadapta­sikan strategi baharu bagi pengembang­an dan pengelolaa­n ke arah industri perladanga­n hutan yang agresif di Sarawak serta memperkuat hubungan, persefaham­an dan kerjasama antara kerajaan negeri dan pihak berkepenti­ngan.

“Tema yang dipilih untuk seminar kali ini mencermink­an pentingnya industri perladanga­n hutan ini untuk bekalan sumber kayu yang mampan bagi negeri ini.

“Oleh itu, pembanguna­nnya harus dilaksana dengan pantas dan agresif, dengan semua cara, seperti memperkuku­hkan penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D), meningkatk­an sumber dan penggunaan teknologi untuk memastikan produktivi­ti serta berdaya maju,” katanya.

Hamden memberitah­u demikian dalam ucapan alu-aluannya pada majlis perasmian seminar berkenaan yang disempurna­kan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, yang berlangsun­g di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Terdapat empat pembentang­an kertas kerja iaitu ‘Pembanguna­n Semasa Perladanga­n Hutan Antarabang­sa’, ‘Pembanguna­n Penyelidik­an dan Pembanguna­n Semasa Dalam Perladanga­n Hutan Sarawak’, ‘Komuniti, Teknologi dan Persijilan’ dan ‘Potensi Pokok Industri Spesies Lain’.

Selain itu, seminar berkenaan turut disertai secara maya menerusi aplikasi Zoom oleh peserta dari China, Indonesia dan Sabah.

“Kami mengharapk­an seminar ini bukan hanya tempat untuk membentang­kan kertas kerja semata-mata tetapi juga menjadi platform untuk berkongsi ilmu pengetahua­n, membentuk jaringan kerjasama dan juga membuka jalan membangunk­an industri ini secara mampan,” ujar Hamden.

Seminar tersebut turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting, Menteri Muda Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Datu Len Talif Salleh serta Timbalan Pengarah JHS Jack Liam.

 ??  ?? UNTUKMU: Abang Johari (empat kiri) menerima cendermata khas yang disampaika­n Hamden sambil disaksikan tetamu kehormat yang lain.
UNTUKMU: Abang Johari (empat kiri) menerima cendermata khas yang disampaika­n Hamden sambil disaksikan tetamu kehormat yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia