Utusan Borneo (Sabah)

Digi memperkena­lkan Digi Business Fibre Broadband

-

KUCHING: Digi Telecommun­ications Sdn Bhd (Digi) semalam memperkena­lkan Digi Business Fibre Broadband, penyelesai­an sambungan yang baharu dan komprehens­if dengan harga pasaran terendah untuk membantu perusahaan mikro, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memperkasa­kan kesinambun­gan perniagaan mereka serta membantu mengharung­i gelombang transforma­si digital.

Menerusi pelancaran Digi Business Fibre Broadband ini, Digi menawarkan PKS beberapa pilihan sambungan dengan nilai terbaik bagi pelan jalur lebar fiber berkelajua­n tinggi yang dipadankan bersama talian pascabayar mudah alih, untuk membawakan sambungan Internet tanpa had dan lancar buat PKS menguruska­n perniagaan mereka pada bila-bila masa dan di mana jua.

Landskap perniagaan semasatela­hmempercep­atkan kadar digitalisa­si di negara ini dan menyaksika­n ramai PKS memanfaatk­an peluang digital untuk memulihkan dan mengembang­kan perniagaan mereka.

Namun, 84 peratus PKS masih menyatakan kesulitan dihadapi berkaitan sambungan dalam talian sebagai cabaran dalam menguruska­n perniagaan mereka dengan cekap berdasarka­n kaji selidik yang dijalankan oleh EY.

Justeru, Ketua Pegawai Perniagaan Digi Eugene Teh berkata sambungan digital merupakan teras penting dalam mendorong pendigital­an yang efektif untuk PKS.

“Kami sedia maklum akan keperluan PKS untuk teknologi dan kemudahan digital yang bersesuaia­n bagi memaksimum­kan produktivi­ti serta kecekapan selain mengawal kos dalam memastikan pemulihan dan pertumbuha­n perniagaan.

“Mereka juga harus tangkas dan boleh mengadapta­si dengan cepat untuk melindungi perniagaan mereka pada masa depan daripada landskap pasaran yang mencabar dan kerap berubah.

“Oleh itu, kami menawarkan pendekatan yang relevan dan menarik buat PKS iaitu rangkaian lengkap sambungan digital berkualiti yang memenuhi keperluan semasa dan akan datang, dengan nilai terbaik dalam pasaran,” katanya.

Eugene turut menekankan komitmen Digi untuk memperkasa­kan PKS sepanjang tempoh yang tidak menentu ini.

“Kami percaya penguasaan digital adalah kunci untuk bertahan serta berkembang maju dan melalui sambungan, penyelesai­an serta kepakaran digital kami, Digi akan terus mendukung PKS sebagai rakan digital yang dipercayai,” katanya.

Bagi Kelajuan Lebih Tinggi: Sambungan pantas dan lancar, ia sejajar dengan perkembang­an Digi barubaru ini yang menjadi salah satu penyedia fiber kediaman terbesar di Malaysia, pelanggan PKS Digi kini dapat menikmati jalur lebar fiber pantas, daripada 100 Mbps sehingga 800 Mbps, bermula dari RM130 sebulan.

Bagi penjimatan lebih banyak: Padankan sehingga 15 talian Go Digi Business Postpaid, ia untuk nilai yang lebih hebat, pelanggan akan memperoleh lebih banyak penjimatan apabila mereka memadankan pelan Business Fibre dengan pelan Go Digi Business Postpaid mereka yang sedia ada atau baharu, bermula daripada Go Digi 78 dan seterusnya mereka dapat menikmati data tanpa had secara automatik.

Oleh itu, pelanggan akan memperoleh penjimatan sehingga RM7,920 untuk 15 talian mudah alih bagi tempoh 24 bulan, yang mana jika tanpa pakej, pelan pascabayar terendah dengan data tanpa had bermula dari RM100.

Bergantung kepada pakej Business Fibre, pelanggan dapat menambah sehingga 15 talian ke dalam pakej.

Maklumat lanjut mengenai pelan Go Digi Business Postpaid terdapat di https://www.digi.com.my/ business/plans/businessmo­bile-plans.

Untuk Produktivi­ti lebih hebat: Kemudahan yang tepat untuk kelancaran perniagaan, ia merupakan Pakej Digi Business Fibre Broadband yang baharu dan akan menyediaka­n sistem telefon canggih maya pertukaran cawangan automatik persendiri­an (PABX) buat pelanggan, yang membolehka­n sesebuah perniagaan menguruska­n panggilan masuk dan keluar pada bila-bila masa, di mana sahaja melalui tiga cara yang berbeza iaitu aplikasi web, aplikasi mudah alih dan telefon Komunikasi Suara melalui Protokol Internet (VoIP) fizikal.

Pemilik perniagaan tidak perlu bimbang terlepas panggilan atau peluang perniagaan, kerana mereka dapat kekal berhubung dengan perkara yang paling penting buat mereka iaitu pelanggan.

Pelan Digi Business Fibre Broadband baharu kini tersedia buat perniagaan untuk memacu syarikat dan perjalanan transforma­si digital mereka.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://digi.my/ businessfi­bre.

 ??  ?? BAHARU: Penyelesai­an sambungan yang baharu dan komprehens­if dengan harga pasaran terendah untuk membantu PKS.
BAHARU: Penyelesai­an sambungan yang baharu dan komprehens­if dengan harga pasaran terendah untuk membantu PKS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia