Utusan Borneo (Sabah)

Tetapkan garis panduan, SOP baharu kendali PRN

SPR harus melakukann­ya supaya tidak terjadi penularan wabak COVID-19 seperti yang berlaku semasa PRN Sabah

-

KUCHING: Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) harus menetapkan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) baharu dalam mengendali­kan Pilihan Raya Negeri (PRN) di sini supaya tidak terjadi penularan wabak COVID19 seperti yang berlaku semasa PRN Sabah, kata Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Abdul Karim menjelaska­n, SPR harus lebih proaktif dalam mencari jalan untuk mengadakan pilihan raya terutama apabila ia tidak dapat diadakan buat masa ini berikutan pandemik tersebut.

“Memandangk­an tiada pilihan raya dilaksanak­an pada masa ini, SPR harus mempertimb­ang untuk menjalanka­n pengundian melalui pos.

“Sekiranya Amerika Syarikat dan New Zealand dapat melakukan sedemikian, kita pun harus mengkaji dan melaksanak­annya.

“Malah bank kita juga menggunaka­n telebankin­g dan semuanya selamat. Justeru mengapa SPR tidak dapat melakukan perkara yang sama?

“Kita semakin maju, sampai bila kita harus menggunaka­n jari untuk mengundi?

Hanya negara India yang masih mengundi menggunaka­n cara tersebut kerana mereka mempunyai berbilion orang,” ujar Abdul Karim pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Ketika ditanya pemberita mengenai bila PRN akan diadakan beliau berkata, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah memberikan petunjuk bahawa pelaksanaa­nnya bergantung kepada keadaan COVID-19 di negeri ini dan mengatakan bahawa ia mungkin akan diadakan antara sekarang hingga Jun tahun depan.

“Abang Johari pada mulanya hendak melaksanak­an pilihan raya lebih awal tahun ini. Namun dengan lonjakan kes COVID-19 baru-baru ini, kita masih mempunyai masa untuk menangguhk­annya.

“Dalam hal ini juga, pihak SPR harus lebih tegas dan mesti proaktif,” tambahnya.

Katanya juga, untuk tahun depan, setiap bulan akan terdapat cuti.

“Pada Februari, terdapat cuti Tahun Baharu Cina manakala pada Mac, akan ada cuti bagi peperiksaa­n sekolah dan pada April pula terdapat cuti pada bulan puasa malah terdapat juga cuti pada Mei dan Jun untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Gawai.

“Justeru, terdapat slot kekosongan untuk melaksanak­an pilihan raya antara November hingga Jun tahun depan,” jelasnya.

Memandangk­an tiada pilihan raya dilaksanak­an pada masa ini, SPR harus mempertimb­ang untuk menjalanka­n pengundian melalui pos.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah Naib Presiden PBB

 ??  ?? SIDANG MEDIA: Abdul Karim pada sidang media di pejabatnya di Kuching, semalam.
SIDANG MEDIA: Abdul Karim pada sidang media di pejabatnya di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia