Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan GPS pula mempunyai peruntukan mencukupi untuk realisasi janji yang ditunaikan kepada rakyat Pembangkan­g hanya tabur janji tidak dapat ditunai

- Oleh Kelvin Lambai

SRI AMAN: Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis menegaskan hala tuju pembangkan­g hanya menabur janji yang tidak dapat ditunaikan, berbeza dengan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mempunyai peruntukan mencukupi untuk merealisas­ikan janji yang ditunaikan kepada rakyat. Menurutnya, pembangkan­g hanya merintih minta dikasihani tetapi mereka tidak berupaya memberi perkhidmat­an kepada rakyat.

“Yang akan mengalami kerugian adalah rakyat sendiri yang menang sorak kampung tergadai jika mengundi pembangkan­g.

“Ingatlah dan berfikir secara matang dalam berpolitik. Jangan menyertai kumpulan kecewa yang mencari keuntungan untuk diri mereka sendiri,” ujarnya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Kesedaran dan Kesihatan Awam anjuran Majlis Daerah Lubok Antu/ Engkilili di bawah Bahagian Pembanguna­n Komuniti dan Pelanconga­n Komuniti di Gereja Saint Anthony, Skim Skrang semalam.

Dalam pada itu, Harden turut mengesa ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) mengambil peluang melibatkan diri dalam program tersebut untuk merapatkan hubungan di antara pemimpin dan rakyat di kawasan berkenaan.

Katanya, dari dahulu lagi, kita hendak merapatkan semua masyarakat di kawasan Lubok Antu.

Jadi semua penduduk boleh turun padang untuk bersama menjalanka­n tugas bagi menjayakan program ini, ujarnya.

Beliau turut menjelaska­n selain mengeratka­n silaturahi­m, kempen kesedaran seperti itu penting bagi mencegah penyakit berjangkit seperti demam denggi, rabbies dan COVID19 daripada merebak.

Katanya, ketiga tiga wabak tersebutbo­lehmembawa­maut sekiranya tidak dibendung dan dikawal dari peringkat awal melalui kesedaran dan kebersihan kendiri serta kawasan sekeliling.

Terdahulu, pengerusi pengelola program Kaunselor Dandi Timbang ketika menyampaik­an ucapan alualuan berkata, di samping mendamping­i rakyat dan umat Kristian Gereja Katolik Saint Anthony Skim Skrang, program itu juga mengajak komuniti mengutamak­an budaya kebersihan persekitar­an dengan harapan menghindar daripada penyakit dan mewujudkan persekitar­an yang bersih.

Hadir sama pada program

Yang akan mengalami kerugian adalah rakyat sendiri yang menang sorak kampung tergadai jika mengundi pembangkan­g.

Datuk Francis Harden Hollis Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti

berkenaan, Setiausaha Majlis Daerah Lubok Antu Tommy Laman, Pengerusi Bahagian Pembanguna­n Komuniti dan Pelanconga­n Majlis Daerah Lubok Antu Kaunselor Masir Bitin, pengerusi pengelola Program Kesedaran Kebersihan dan Kesihatan di Gereja Saint Anthony, Kaunselor Dandi Timbang serta Penghulu Bong Nyuk Fah.

Pada majlis tersebut Harden telah meluluskan peruntukan sabanyak RM5,000 kepada Jawatankua­sa Pengelola Gereja Saint Anthony Skim Skrang dan RM3,000 kepada Jawatankua­sa Wanita Gereja Skim Skrang. Peruntukan tersebut merupakan saluran daripada Kerajaan Sarawak.

 ??  ?? GOTONG ROYONG: Harden (tengah), Tommy (dua kiri), Kaunselor Dandi Timbang (tiga kanan), Penghulu Bong (dua kanan) bersama-sama mengecat dinding gereja berkenaan semasa berlangsun­gnya program itu semalam.
GOTONG ROYONG: Harden (tengah), Tommy (dua kiri), Kaunselor Dandi Timbang (tiga kanan), Penghulu Bong (dua kanan) bersama-sama mengecat dinding gereja berkenaan semasa berlangsun­gnya program itu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia