Utusan Borneo (Sabah)

Sharbini ketua delegasi SEB hadiri Minggu Tenaga Antarabang­sa Singapura 2020

-

KUCHING: Kepimpinan serantau Sarawak Energy Berhad (SEB) dalam pembanguna­n tenaga diperbahar­ui hadir ke Minggu Tenaga Antarabang­sa Singapura (SIEW) 2020 yang diadakan baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SEB Datu Sharbini Suhaili merupakan antara pegawai tertinggi perbincang­an peringkat panel yang mewakili sektor tenaga di dua Persidanga­n Menteri Global mengenai Integrasi Sistem Pembaharua­n.

Ketua Pegawai Eksekutif Kuasa SEB James Ung, juga antara anggota delegasi yang hadir ke sesi ‘Interconne­ctivity Regional in The Low Carbon Energy Transition’ di SIEW.

Sharbini membentang­kan tajuk perbincang­an ‘Mempercepa­t Pelaburan Dalam Teknologi Tenaga Diperbahar­ui dan Infrastruk­tur’ dengan perwakilan menteri dan pemimpin syarikat.

Ia bagi membantu sektor kerajaan dan swasta meningkatk­an penggunaan elektrik yang boleh diperbahar­ui dan integrasi dengan latar belakang ekonomi global yang terjejas oleh pandemik COVID-19.

Sesi tersebut dikendalik­an Menteri Tenaga dan Hal Ehwal Iklim Hungary Dr Peter Kaderjak.

Pada masa yang sama, Sharbini turut bercakap mengenai usaha berkaitan Sarawak dan SEB sambil mengetenga­hkan maklumat daripada perjalanan pembanguna­n tenaga diperbahar­ui di Sarawak.

Peranan SEB sebagai salah satu pelaksana visi Kerajaan Sarawak untuk mencapai status maju pada 2030 melalui perindustr­ian hidro di Sarawak.

Pada masa yang sama, menekankan kepentinga­n kerjasama pelbagai sektor dalam mewujudkan masa depan tenaga yang mampan.

Awal tahun ini, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi Sarawak untuk membangunk­an strategi, dasar dan pelan untuk mempercepa­t pertumbuha­n ekonomi Sarawak dalam menghadapi cabaran semasa.

Majlis mempunyai 14 sektor dengan Sharbini menerajui pembaharua­n sektor tenaga.

Penceramah lain pada sesi itu termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Singapura dan Menteri Kedua untuk Perdaganga­n dan Industri Dr Tan See Leng, Setiausaha Tenaga Filipina Alfonso G. Cusi, Menteri Iklim dan Alam Sekitar Poland Michal Kurtyka, Menteri Alam Sekitar dan Tindakan Iklim Portugal Joao Pedro Matos Fernandes dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementeria­n Hal Ehwal Ekonomi dan Infrastruk­tur Estonia Timo Tatar.

ASEAN diwakili Setiausaha Agung ASEAN Datuk Lim Jock Hoi.

SelainShar­bini,penceramah bukan kerajaan yang dijemput termasuk Presiden untuk State Grid Corporatio­n of China Xin Baoan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah DBS Group Piyush Gupta, Ketua Pegawai Eksekutif Hitachi ABB Power Grids Claudio Facchin dan Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Sunseap Frank Phuan.

“Sarawak Energy telah mula mengekspor­t elektrik ke Kalimantan Barat pada tahun 2016, ke arah mewujudkan visi penyambung­an rentas sempadan di Borneo atau Grid Borneo.

“Peralihan Sarawak kepada tenaga hidro daripada hidrokarbo­n sekitar satu dekad yang lalu jelas ketara mengurangk­an intensiti pelepasan karbon kami sekitar 76.5 peratus,” tambahnya.

 ??  ?? TENAGA DIPERBAHAR­UI: Empangan Hidroelekt­rik Batang Ai.
TENAGA DIPERBAHAR­UI: Empangan Hidroelekt­rik Batang Ai.
 ??  ?? SHARBINI
SHARBINI
 ??  ?? JAMES
JAMES

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia