Utusan Borneo (Sabah)

Naim hargai sokongan orang awam terhadap promosi ‘Super Deal’

-

KUCHING: Kumpulan Syarikat Naim (Naim) melahirkan penghargaa­n kepada orang awam atas sokongan terhadap promosi hartanah Kumpulan iaitu ‘Super Deal’ baru-baru ini.

Sebagai sebahagian daripada aktiviti ulang tahun ke-25 Kumpulan dan sebagai tanda penghargaa­n atas sokongan masyarakat terhadap Naim selama ini, ‘Super Deals’ memberikan kegembiraa­n kepada masyarakat Sarawak dengan tawaran hartanah yang luar biasa untuk semua hartanah Kumpulan.

TimbalanPe­ngarahUrus­an Kumpulan Naim Christina Wong berkata, promosi itu menjadikan sambutan ulang tahun Kumpulan lebih bermakna.

“Pada akhir tahun lalu, kami melancarka­n kempen amal ‘Naim Thanks You’ yang memilih 25 NGO (pertubuhan bukan kerajaan) di Sarawak dan di bawah kempen ini, kami berjanji akan menyumbang sebanyak RM250 untuk setiap unit hartanah yang dijual pada tahun 2020, dengan minimum RM250,000 akan dikumpulka­n.

“’Super Deal’ telah memudahkan kami dalam memenuhi objektif kami dan dengan itu, memberi nilai tambah kepada kempen amal kami.

“Oleh itu, kami ingin mengucapka­n terima kasih kepada pembeli yang dihargai bukan hanya untuk pembelian mereka tetapi juga untuk keterlibat­an mereka dalam kempen amal ini,” katanya.

Wong pada masa yang sama mempelawa mereka yang tidak berjaya agar mengunjung­i projek pembanguna­n syarikat di Kuching, Miri dan Bintulu.

“Sama ada ia untuk peningkata­n gaya hidup, pelaburan atau bertujuan menjalanka­n perniagaan atau pengembang­an perniagaan, boleh datang dan menyaksika­n bagaimana pembanguna­n kami boleh memberi nilai rambah kepada anda, perniagaan dan keluarga anda.

“Di samping itu, bagi mereka yang berniat membeli hartanah kediaman, inilah saatnya untuk melakukann­ya dengan Kempen Pemilikan Rumah Kerajaan (HOC) yang memberikan pengecuali­an duti setem untuk instrumen pemindahan dan perjanjian pinjaman,” katanya.

Maklumat lanjut mengenai projek pembanguna­n Naim oleh menghubung­i talian +6082416288/+6012-8771984) (Gerald)(Kuching), +6086343881/+6010-9870999 (Kelly)(Bintulu) atau +6085491000/+6013-8032525 (Haliza)(Miri).

Selain itu orang ramai boleh melayari laman sesawang Naim di www. naimproper­ties.com.my dan https://naimproper­ties. com.my/superdeals/, atau layari www.facebook. com/Naimproper­ties atau mengunjung­i Galeri Jualan Naim dan unit pameran di Kuching, Bintulu dan Miri dari jam 9 pagi hingga 6 petang pada Isnin hingga Sabtu dan 10 pagi hingga 5 petang pada Ahad dan cuti umum.

 ??  ?? MENARIK: Antara projek Kumpulan, Naim The Peak (Jenis D).
MENARIK: Antara projek Kumpulan, Naim The Peak (Jenis D).
 ??  ?? CANTIK:PINE Ville, Miri.
CANTIK:PINE Ville, Miri.
 ??  ?? MODEN:Naim Sapphire Deluxe (Jenis B).
MODEN:Naim Sapphire Deluxe (Jenis B).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia