Utusan Borneo (Sabah)

Dev pegawai kanan yang berdedikas­i, kata Pesuruhjay­a Polis Sarawak

-

KUCHING: Lantikan Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Dev Kumar M.M. Sree ke jawatan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Bukit Aman merupakan satu kepercayaa­n pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail yang berkata demikian menambah, kepimpinan dan keupayaan Dev ketika berkhidmat di kontinjen polis Sarawak telah menempa banyak kejayaan.

“Saya senang dan serasi bertugas bersama beliau dalam memastikan keamanan dan keselamata­n di Sarawak.

“Beliau melaksanak­an tugas dengan penuh dedikasi dan cemerlang dalam membantu saya menjalanka­n tanggungja­wab,” katanya pada Majlis Serah Tugas Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak di sini, semalam.

Jawatan tersebut dipangku sementara oleh Ketua Cawangan Khas Polis Sarawak SAC Hairuddin Che Hamid.

Sementara itu, Dev berkata beliau bangga kerana dapat berkhidmat tiga kali sebagai pegawai polis di Sarawak.

Dev, 59, berkata bertugas di Sarawak merupakan satu kenangan indah sepanjang perkhidmat­annya sebagai pegawai polis.

“Terima kasih kepada pucuk pimpinan PDRM kerana diberi peluang menyandang jawatan penting di Bukit Aman dan seterusnya pulang ke pangkuan keluarga.

“Jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak juga satu bentuk kepercayaa­n oleh pucuk pimpinan PDRM,” ujarnya.

Beliau yang berasal dari Kedah merupakan pegawai penyiasat di Balai Polis Sentral Kuching untuk tempoh 1982 hingga 1989.

Kemudian untuk tempoh 2015 hingga 2018, beliau kembali sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Sarawak sebelum berpindah ke Bukit Aman.

Pada Julai 2019, Dev dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak.

 ??  ?? SERAH TUGAS: Dev menyerahka­n dokumen serah tugas Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak kepada Hairuddinm sambil disaksikan Aidi.
SERAH TUGAS: Dev menyerahka­n dokumen serah tugas Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak kepada Hairuddinm sambil disaksikan Aidi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia