Utusan Borneo (Sabah)

Wanita diseru sertai kursus anjuran agensi kerajaan untuk tingkatkan pendapatan

-

SRI AMAN: Kaum wanita di daerah ini diseru mengambil peluang menyertai pelbagai kursus anjuran agensi kerajaan yang berkaitan dengan cara meningkatk­an pendapatan keluarga dan masyarakat sekeliling.

Penolong Pegawai Operasi di Unit Pembanguna­n Komuniti, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Sri Aman Kelvin Lambai berkata, kaum wanita seharusnya merebut segala peluang yang telah disediakan kerajaan untuk membantu golongan ini meningkatk­an ekonomi diri, keluarga dan masyarakat sekeliling.

Menurutnya, KEMAS sendiri turut menyediaka­n pelbagai program untuk golongan ini termasuk menyediaka­n kursus untuk golongan ini menambahka­n pendapatan mereka.

“Kursus-kursus tersebut termasuk kursus masakan, kursus kraf tangan di mana kesemua kursus yang disediakan pihak KEMAS antara lain bertujuan membantu golongan ini menambah pendapatan mereka dan keluarga mereka.

“Sasaran kita adalah golongan suri rumah di mana golongan ini adalah golongan yang sepenuh masa berada di rumah dan dengan masa yang ada itu, golongan ini mampu menjana pendapatan mereka sendiri menerusi hasil yang berada di sekeliling mereka,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa menutup rasmi Kursus Quick Win, Kursus Pastri anjuran Unit Pendidikan Kemahiran (PKEM), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Bahagian Sri Aman di Kompleks Tabika KEMAS KOMTA, Sri Aman dekat sini semalam.

Kelvin menambah, ramai usahawan kecil di daerah ini telah berjaya menghasilk­an produk masing-masing hasil percambaha­n ilmu daripada pihak KEMAS.

“Ini sebenarnya yang kita mahukan, ilmu yang kita kongsikan bersama masyarakat akhirnya terus dikembangk­an sehingga mereka berjaya menjana pendapatan untuk diri sendiri serta keluarga dan dikongsika­n bersama masyarakat sekeliling,” katanya.

Hadir sama pada majlis penutupan program berkenaan, Penolong Pegawai Operasi di Unit Pendidikan Kemahiran (PKEM), Jabatan KEMAS Bahagian Sri Aman Rosani Ham serta kakitangan KEMAS yang lain.

Kursus yang berlangsun­g selama tiga hari itu disertai 15 peserta yang terdiri daripada para usahawan kecil di Sri Aman.

 ??  ?? BANTUAN PERALATAN: Kelvin (tengah) menyampaik­an bantuan peralatan membuat kuih kepada salah seorang peserta sambil diperhatik­an Rosani semasa berlangsun­gnya program berkenaan.
BANTUAN PERALATAN: Kelvin (tengah) menyampaik­an bantuan peralatan membuat kuih kepada salah seorang peserta sambil diperhatik­an Rosani semasa berlangsun­gnya program berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia