Utusan Borneo (Sabah)

Kisah cikgu OKU bantu pelajarnya beli bahan melukis

- Oleh Nur Fatin Mohmad Kadenen

KOMITMEN terhadap profesion serta sayang kepada anak muridnya membuatkan beliau tidak kisah menggunaka­n ‘duit poket’ sendiri untuk membelikan bahan melukis kepada pelajarnya, yang kebanyakan­nya datang daripada keluarga susah.

Setiap bulan, guru kelainan upaya ini akan memperuntu­kkan antara RM100 hingga RM200 untuk tujuan tersebut.

“Saya mahu tonjolkan minat mereka dalam bidang seni sebab itu saya katakan pada anak murid, seni boleh melepaskan tekanan. Apa yang kita rasa dan fikirkan boleh diterjemah­kan ke dalam bentuk lukisan dan macam-macam lagi,“demikian kongsi Yuszairi Yusof, 40.

Beliau yang sudah 14 tahun berkhidmat sebagai pendidik senantiasa memberikan keyakinan kepada anak muridnya bahawa bidang seni juga boleh memberi mereka masa depan yang cerah.

“Saya sering ingatkan anak-anak murid saya yang bidang seni juga boleh mendatangk­an keuntungan. Ada bekas pelajar saya yang mengukir kejayaan dalam bidang ini dan berjaya membuka studio sendiri,” katanya kepada Bernama, ketika ditemui baru-baru ini.

Beliau adalah Penerima Anugerah Cemerlang Guru

OKU peringkat negeri dan juga daerah pada tahun lepas (2019),

Yuszairi yang mengajar subjek Seni Visual di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Kota Tinggi, dekat Kluang, adalah salah seorang daripada 3,120 orang pelukis yang menyertai Pameran Komuniti Artgeng di Galeri Seni, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, di Johor Bahru, baru-baru ini.

Beliau turut mendorong dua orang pelajarnya menyertai pameran itu dan kesemua 10 lukisan yang mereka hasilkan turut terpilih untuk dipamerkan. Lapan daripada lukisan itu berkonsepk­an siri burung yang dilukis oleh Yuszairi dibeli oleh Yayasan Warisan Johor.

BANGKIT DARIPADA PERISTIWA HITAM

Guru yang berusia 40 tahun ini dan berasal dari Kluang, pernah melalui peristiwa hitam pada tahun 2011. Emosinya begitu tertekan selepas terlibat dalam kemalangan dengan lori treler sehinggaka­n tulang tangan kirinya hancur dan digantikan dengan sendi palsu.

Yuszairi ketika itu menunggang motosikal dan dalam perjalanan untuk menghadiri mesyuarat guru Seni Visual di sebuah sekolah di daerah Segamat. Motosikaln­ya dilanggar dari belakang oleh sebuah lori treler kelapa sawit seberat lima tan.

Beliau yang juga mengalami banyak kecederaan lain termasuk patah tulang rusuk dirawat selama sebulan di hospital dan kemudianny­a diberi cuti sakit hampir 300 hari.

Bagaimanap­un, semangatny­a kembali pulih apatah lagi dengan dorongan bekas pelajarnya, Konstabel Mohd Qayum’aiqal Zolkipli yang mahu gurunya kembali meneruskan kerjayanya sebagai guru untuk mendidik anak bangsa.

Mohd Qayum’aiqal adalah muridnya ketika beliau mengajar di SMK Banang Jaya dekat Batu Pahat selama dua tahun.

“Dia yang beri semangat kepada saya. Dia kata cikgu boleh bentuk saya sampailah saya jadi seorang komando, jadi cikgu pun mesti boleh.

Alhamdulil­lah, saya bangkit dan berkat doa semua pihak, saya kembali boleh berjalan seperti biasa,” katanya.

Menurut beliau, Mohd Qayum’aiqal, 29, adalah salah seorang anggota komando VAT 69 dan pejuang yang cedera akibat insiden tembakan kumpulan penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo dekat Lahad Datu Sabah pada tahun 2013.

DORONG PELAJAR SERTAI PAMERAN LUKISAN

Yuszairi kembali ke sekolah dan mula bekerja seperti biasa pada bulan Mei tahun 2012. Pada peringkat awal, dia mengambil ubat tahan sakit yang diberikan oleh doktor, selain berjalan menggunaka­n bantuan tongkat sehingga tahun 2016.

“Saya ingin tunjuk kepada pelajar saya bahawa walau saya ada kekurangan, saya berjaya bangkit, malah berlatih melukis kembali sebab tangan ketika itu susah untuk digerakkan,” katanya.

Semua yang dilakukann­ya itu adalah demi untuk menarik minat pelajarnya dalam bidang seni, sekali gus mengubah pemikiran mereka terhadap bidang yang sering dipandang enteng.

Dalam masa yang sama, bapa kepada lima cahaya mata itu turut menyertai pelbagai pertanding­an melukis di samping turut mendorong pelajarnya menyertai pertanding­an mahupun pameran melukis bagi memastikan mereka dapat memperoleh­i sijil yang disifatkan berharga bagi seorang pelukis.

MASYARAKAT PERLU UBAH MENTALITI TERHADAP SENI

Dengan nada sebak dan air mata berlinanga­n, Yuszairi berkata beliau ingin membantu pelajarnya mendapatka­n sijil menerusi penyertaan dalam pameran berkenaan. Mereka boleh menggunaka­n sijil berkenaan jika ingin menyambung pelajaran dalam bidang seni kelak.

“Saya bantu beli dan hantar barang untuk mereka melukis, mereka bukan anak orang senang. Kalau saya tak buat begini, memang sukar untuk mereka dapatkan akses. Sebab itu saya kata kepada mereka... cubalah melukis... dengan melukis Insya-Allah boleh cari duit,” katanya yang juga adalah Naib Johan Inovasi Guru OKU Negeri Johor tahun 2019.

Anak jati Johor itu berpandang­an, masyarakat haruslah mengubah mentaliti mereka tentang subjek Seni Visual dan tidak menganggap­nya sebagai subjek yang ‘siasia’.

“Berbeza di luar negara, bidang seni dipandang tinggi dan masyarakat harus lihat bahawa seni ini boleh mendatangk­an keuntungan kepada seseorang. Malah bagi saya, jika tiada seni, maka tiadalah budaya,” katanya.

Yuszairi dalam masa yang sama mendoakan agar kesemua pelajarnya dapat memperoleh kejayaan pada masa akan datang dan berharap agar mereka dapat menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan negara suatu masa nanti.

 ?? — Gambar Bernama ?? PENUH PENGISIAN: Antara lukisan yang dihasilkan oleh pelukis yang mengambil bahagian dalam Pameran Komuniti Artgeng di Galeri Seni, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar di Johor Bahru baru-baru ini.
— Gambar Bernama PENUH PENGISIAN: Antara lukisan yang dihasilkan oleh pelukis yang mengambil bahagian dalam Pameran Komuniti Artgeng di Galeri Seni, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar di Johor Bahru baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? RASMI: Sharil merasmikan Pameran Komuniti Artgeng di Galeri Seni, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar di Johor Bahru baru-baru ini.
— Gambar Bernama RASMI: Sharil merasmikan Pameran Komuniti Artgeng di Galeri Seni, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar di Johor Bahru baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? BERNILAI: Yuszairi menunjukka­n lukisan realistik Burung Raja Udang (lukisan kiri) dan Robin Bird (lukisan kanan) yang dihasilkan­nya baru-baru ini.
— Gambar Bernama BERNILAI: Yuszairi menunjukka­n lukisan realistik Burung Raja Udang (lukisan kiri) dan Robin Bird (lukisan kanan) yang dihasilkan­nya baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia