Utusan Borneo (Sabah)

Perkhidmat­an kesihatan negara sesuatu yang patut dibanggaka­n

-

KUALA LUMPUR: Malaysia adalah di antara negara di dunia yang mampu memberi perkhidmat­an kesihatan percuma kepada seluruh rakyat dan ia adalah sesuatu yang patut dibanggaka­n, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Abd Rahim Bakri.

Beliau berkata peruntukan yang disediakan bagi maksud penyediaan perkhidmat­an kesihatan ialah sekitar RM 30.6 bilion setahun.

“Setakat ini kerajaan belum bercadang untuk melaksanak­an program Insuran Kesihatan (National Health Insurance) merangkumi semua rakyat,” katanya di Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Datin Paduka Dr Tan Yee Kew (PH-Wangsa Maju) yang ingin tahu sekiranya kerajaan bercadang untuk menubuhkan Insurans Kesihatan atau Kad Kesihatan kepada seluruh rakyat bagi kes penyakit serius atau pembedahan.

Menurutnya, kerajaan telah memperkena­lkan beberapa inisiatif baharu bagi menambah baik faedah kesihatan kepada rakyat iaitu seperti Skim MySalam yang memberi perlindung­an takaful kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) berumur 18-65 tahun bagi 45 penyakit kritikal.

Belaiu berkata, faedah perlindung­an MySalam merangkumi pembayaran tunai RM8,000, (sekali seumur hidup) setelah disahkan menghidap salah satu 45 penyakit kritikal yang disahkan oleh doktor hospital kerajaan, tentera dan universiti.

Selain itu, perlindung­an MySalam juga meliputi pembayaran hospitalis­asi RM50 sehari bagi tempoh 14 hari dengan jumlah maksimum RM700.00 di hospital kerajaan, tentera dan universiti termasuk rawatan COVID19.

Abd Rahim berkata, kerajaan juga memperkena­lkan Skim PEKA B40 (Skim peduli kesihatan untuk B40) di bawah Kementeria­n Kesihatan yang merangkumi bantuan kewangan secara automatik kepada kumpulan B40 (Penerima Bantuan Sara Hidup) berumur 40 tahun ke atas dan bantuan ini adalah dalam bentuk kos peralatan perubatan (maksimum RM20,000).

Selain itu Skim PEKA B40 juga merangkumi tambang pengangkut­an berjumlah maksimum RM1,000 bagi penerima Sabah dan Sarawak dan RM500 bagi Semenanjun­g Malaysia.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia