Utusan Borneo (Sabah)

PAC Parlimen beri keutamaan kes tertangguh: Pengerusi PAC

-

KUALA LUMPUR: Jawatankua­sa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memberi keutamaan kepada kes-kes tertangguh sebelum ini, dengan sekurang-kurangnya tiga laporan dibentang dalam tempoh dua minggu akan datang.

Pengerusin­ya Wong Kah Woh dalam kenyataan semalam menyebut antaranya ialah berhubung isu Sekolah Sukan Malaysia Perlis; Projek Sistem Kutipan Caj Jalan (RC) dan Rekod Kemasukan Kenderaan Asing (VEP) serta Penjualan Tanah Milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Taklimat berkenaan keskes yang dikendalik­an oleh PAC sebelum ini yang telah ditangguhk­an sejak Mac lepas telah diberikan kepada ahliahli PAC.

“Jadual untuk mesyuarat PAC dalam dua minggu akan datang juga telah disusun dengan padat dengan mesyuarat diadakan pada setiap hari (pagi dan petang) sepanjang sidang Parlimen ini untuk membolehka­n PAC menebus kembali masa yang terbazir sebelum ini,” katanya.

Kelmarin, Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun dalam satu kenyataan memaklumka­n 12 Ahli Parlimen dilantik sebagai Ahli PAC yang baharu membabitka­n Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkan­g.

Wong berkata PAC juga akan mengambil langkah menyiapkan laporan-laporan yang belum dimuktamad­kan iaitu isu Kawalan Pekerja Asing dan Perkhidmat­an Pendidikan Malaysia Global (EMGS).

Katanya PAC juga berhasrat memanggil semula Ketua Audit Negara Datuk Nik Azman Nik Mohamad serta Pengerusi Jawatankua­sa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) Tan Sri Ambrin Buang untuk memberikan taklimat kepada ahli-ahli PAC berkenaan isu-isu yang dicadangka­n oleh PAC sebelum ini untuk dipanggil pada mesyuarat prosiding.

Menurut beliau, ia melibatkan isu Pengurusan Dana Mudahcara Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Perumahan Generasi Baharu Felda, Pelan Pemulihan Syarikat Penerbanga­n MAS, Pertukaran Tanah Kementeria­n Pertahanan, 1BestariNe­t dan Sistem Penguatkua­saan Automatik (AES) untuk membolehka­n ahli-ahli PAC khasnya ahli-ahli baharu mendapat penjelasan lanjut sebelum PAC membuat keputusan atas isu-isu berkenaan.

Beliau berkata PAC juga akan mendengar taklimat Ketua Audit Negara mengenai Laporan Ketua Audit Negara berhubung Penyata Kewangan Kerajaan Persekutua­n Tahun 2019 apabila laporan itu dibentangk­an di Dewan Rakyat, Khamis ini.

“Kesemua ahli-ahli PAC akan meneruskan semangat dan tradisi PAC sebelum ini iaitu memastikan ideologi politik masing-masing diketepika­n apabila menghadiri mesyuarat PAC Parlimen dan ini dapat memastikan semua prosiding PAC dapat dijalankan tanpa rasa takut atau memihak mana-mana pihak,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia