Utusan Borneo (Sabah)

MOSTI anggar RM3 bilion untuk bekalan vaksin

Menampung kos imunisasi untuk sekurang-kurangnya 70 peratus daripada rakyat Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi menganggar­kan RM3 bilion diperlukan pada tahun hadapan bagi membolehka­n rakyat Malaysia mendapat kemudahan bekalan vaksin COVID-19.

Menterinya Khairy Jamaluddin berkata, perkara berkenaan juga telah dimaklumka­n kepada Kementeria­n Kewangan.

“Saya telah maklumkan kepada menteri kewangan yang sekurang-kurangnya kita perlu imunisasi 70 peratus daripada rakyat Malaysia dan saya minta RM3 bilion untuk disediakan bagi tahun depan,” katanya pada persidanga­n Dewan Rakyat bagi menjawab soalan tambahan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor).

Terdahulu, ketika menjawab soalan Ahmad Hassan (WARISAN-Papar) berhubung jaminan kecukupan bekalan vaksin, Khairy berkata beberapa rundingan telah dan sedang dimuktamad­kan dengan pembangun vaksin di seluruh dunia termasuk bersama kerajaan China.

Khairy berkata, Menteri Luar China Wang Yi menerusi lawatan pada 13 Oktober lepas juga telah mengumumka­n Malaysia berada dalam senarai keutamaan untuk menerima vaksin daripada China.

Beliau turut mengulangi kenyataann­ya bahawa bekalan vaksin awal dijangka diperoleh pada suku pertama 2021 dengan wajaran pertama untuk tiga peratus populasi negara yang terdiri daripada petugas barisan hadapan.

Khairy berkata, akses vaksin kepada masyarakat di luar bandar dan pedalaman yang tidak berkemampu­an juga akan diperhalus­i dan akan diangkat sebagai keutamaan sejajar dengan COVID-19 ini dilihat sebagai satu keperluan asas awam.

Menjawab soalan tambahan Datuk Zakaria Edris (BERSATU-Libaran) berhubung perkembang­an terkini rundingan dengan Fasiliti Akses Global Vaksin

Dari segi harga yang ditawarkan, indicative price adalah dari segi maksimumny­a USD21 untuk satu vaksin, jadi kita masih lihat beberapa klausa dalam perjanjian dengan COVAX itu yang perlu diperhalus­i lagi. Kita harap akan dapat menandatan­gani penyertaan dalam COVAX ini dalam jangka masa terdekat.

Khairy Jamaluddin Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

COVID-19 (COVAX), beliau berkata Malaysia kini dalam peringkat akhir bagi memuktamad­kan penyertaan badan antarabang­sa itu

“Dari segi harga yang ditawarkan, ‘indicative price’ adalah dari segi maksimumny­a USD21 untuk satu vaksin, jadi kita masih lihat beberapa klausa dalam perjanjian dengan COVAX itu yang perlu diperhalus­i lagi. Kita harap akan dapat menandatan­gani penyertaan dalam COVAX ini dalam jangka masa terdekat,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau menjelaska­n COVAX hanya sebahagian daripada keperluan negara untuk mendapatka­n bekalan vaksin, dan sebahagian besar lagi bekalan akan diperolehi melalui rundingan dua hala dengan negara lain atau syarikatsy­arikat lain.

 ?? — Gambar Bernama ?? USUL PENTING: Seorang wartawan melihat skrin secara langsung yang memaparkan Khairy sedang mengemukak­an usul pada hari ketiga pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama USUL PENTING: Seorang wartawan melihat skrin secara langsung yang memaparkan Khairy sedang mengemukak­an usul pada hari ketiga pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia