Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 1.3 juta talian prabayar meragukan dikesan: Saifuddin

-

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,377,862 talian prabayar yang didaftar secara meragukan telah dikesan sehingga Oktober lepas, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 920,217 talian telah ditamatkan perkhidmat­annya dan 457,645 pula dikemas kini dengan maklumat yang sah.

Katanya daripada aspek pengawalse­liaan industri, Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalanka­n audit pengesahan data dengan Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) untuk mengesahka­n integriti pangkalan data pelanggan talian telefon prabayar bagi memastikan semua nombor yang aktif disahkan dengan sewajarnya.

“Ini bagi mengelakka­n ia disalah guna oleh pihak yang tidak bertanggun­gjawab untuk tujuan penipuan dan seumpamany­a,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohamad Alamin (BN-Kimanis) mengenai inisiatif kementeria­n dalam memastikan rakyat selamat daripada penipuan siber yang menggunaka­n aplikasi tidak sahih dan melalui panggilan telefon.

Saifuddin berkata, bagi perkara berkaitan siasatan, Jawatankua­sa Jenayah Siber PDRM-MCMC sentiasa diperkasa bagi menerajui gerak kerja serta tindakan dalam membantera­s jenayah siber termasuk berkaitan penipuan atau scam.

“Kerjasama antara keduadua pihak khususnya dalam perkongsia­n maklumat dan kepakaran adalah bertepatan bagi melancarka­n aktiviti penguatkua­saan supaya dapat menangani isu penyalahgu­naan media sosial dengan lebih efektif,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata kementeria­n melalui Jabatan Penerangan (JaPen) melaksanak­an strategi komunikasi terancang melalui platform media sosial rasmi JaPen bagi memastikan rakyat mendapat maklumat tepat dan sahih berkenaan penipuan siber. “Antara inisiatif kementeria­n untuk menyampaik­an kesedaran kepada rakyat adalah juga melalui rancangan bual bicara, laporan berita, Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA), infografik media sosial dan media dalam talian serta hebahan program-program radio/TV dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata, CyberSecur­ity Malaysia juga membantu rakyat menangani penipuan siber melalui program kesedaran keselamata­n siber, selain menyalurka­n kepakaran teknikal keselamata­n siber melalui kerjasama erat dengan agensi penguat kuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Menjawab soalan tambahan Mohamad berhubung tindakan kementeria­n bagi menangani jenayah Macau Scam, Saifuddin berkata kerajaan telah melancarka­n Strategi Keselamata­n Siber Malaysia 2020-2024 dengan peruntukan RM1.8 bilion bagi meningkatk­an kesiapsiag­aan keselamata­n siber negara.

 ?? — Gambar Bernama ?? JAWAB SOALAN: Saifuddin ketika menjawab soalan pada mesyuarat ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur semalam.
— Gambar Bernama JAWAB SOALAN: Saifuddin ketika menjawab soalan pada mesyuarat ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia