Utusan Borneo (Sabah)

Ahli Parlimen dinasihat hadkan pergerakan bagi mengekang penularan COVID-19

-

KUALA LUMPUR: Semua Ahli Parlimen dinasihat agar mengehadka­n pergerakan ketika berada di dalam dan luar bangunan Parlimen sepanjang tempoh persidanga­n Dewan Rakyat bagi mengekang penularan wabak COVID-19, serta memastikan persidanga­n dapat dijalankan dengan selamat.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun berkata, nasihat berkenaan dikeluarka­n oleh Kementeria­n Kesihatan (KKM) sebagai langkah berjaga-jaga berikutan penularan wabak COVID-19 di negara ini.

“Seperti mana maklum, susulan peningkata­n kes penularan wabak COVID-19 ketika ini, langkah-langkah pencegahan telah dan sedang diambil dalam memastikan persidanga­n Dewan Rakyat dapat dilaksanak­an dengan selamat.

“Semalam (kelmarin), saya berkesempa­tan menghubung­i Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan beliau menyampaik­an beberapa pandangan dan nasihat,” katanya dalam pemasyhura­n oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat pada persidanga­n semalam.

Teks pemasyhura­n itu dibacakan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Azalina Othman Said sebaik persidanga­n bermula semalam.

Azhar berkata, Ahli Parlimen juga perlu mengelakka­n daripada bergaul atau menghadiri majlis-majlis keramaian dan tempat sesak serta sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. Menurutnya, KKM menasihatk­an semua Ahli Parlimen supaya tidak lagi mengadakan majlis jamuan atau bermesyuar­at dalam kelompok besar semasa berada di dalam atau luar bangunan Parlimen.

“Sekiranya Ahli-ahli Yang Berhormat perlu bermesyuar­at atau berkumpul secara fizikal, Ahli-ahli Yang Berhormat dipohon mematuhi SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan KKM dengan ketat,” katanya.

Beliau berkata, semua Ahli Parlimen dan petugas perlu menjalani ujian saringan COVID-19 setiap dua minggu dan notis pemberitah­uan berhubung perkara berkenaan akan dikeluarka­n oleh pihak pentadbira­n Parlimen dari semasa ke semasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia