Utusan Borneo (Sabah)

Taufan Kategori 2 Eta badai Nicaragua

-

BILWI: Eta diturun taraf kepada taufan Kategori 2 kelmarin walaupun ia masih melanda Nicaragua dengan ribut kencang dan hujan lebat.

Taufan itu, yang turun daripada taufan Kategori 4 pada awal kelmarin ketika ia bergerak ke kawasan pedalaman, melanda komuniti peribumi yang miskin di sepanjang kawasan pantai dan menyebabka­n hujan lebat di kebanyakan tempat di Amerika Tengah.

“Agak banyak pokok telah tumbang dan trafik terjejas teruk” di rantau itu, kata Menteri Infrastruk­tur Oscar Mojica.

Dengan ribut selaju 175 kilometer sejam, Eta menumbangk­an pokok dan merobek bumbung dari rumah di Bilwi, bandar terbesar di kawasan pantai timur laut, juga dikenali sebagai Puerto Cabezas.

“Sepanjang malam kami mengalami ribut kuat, diiringi hujan,” kata Kenny Lisby, ketua sebuah stesen radio tempatan, kepada AFP. “Mungkin agak banyak kemusnahan akan berlaku.”

Ribut menumbangk­an tembok lingkungan konkrit stadium besbol di bandar berkenaan, dan meninggalk­an pokok tumbang manakala lembu dan haiwan domestik berkeliara­n di jalanan, kata pemberita AFP.

Giovany Nelson, 34, berkata keluargany­a “mengurung diri dalam bilik sambil mendengar ribut memusnahka­n bumbung”.

Kerajaan Nicaragua tiada melaporkan kematian segera, manakala pihak berkuasa di Honduras berkata seorang kanak-kanak mati dalam sebuah rumah yang roboh.

Pusat Hurikan Negara Amerika Syarikat memberi amaran bahawa kesan Eta boleh membawa bencana ke rantau berkenaan.

“Ombak taufan yang mengancam nyawa, ribut yang membawa bencana, banjir kilat, dan tanah runtuh dijangkaka­n di beberapa bahagian Amerika Tengah,” katanya, termasuk Jamaica, tenggara Mexico, El Salvador, selatan Haiti dan Kepulauan Cayman.

Sungai Wawa yang menghubung­kan Bilwi dengan tempat lain di negara itu telah melimpahi tebinganny­a.

Eta diramal akan terus bergerak ke kawasan pedalaman di utara Nicaragua dan tengah Honduras semalam sehingga hari ini.

Atas permintaan kerajaan, Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan BangsaBang­sa Bersatu berkata ia sudah menghantar 80 tan makanan untuk diagihkan di rantau tersebut.

Kira-kira 100,000 orang tinggal di Bilwi dan komuniti bersebelah­an di sepanjang pantai, kebanyakan­nya diduduki kaum-kaum peribumi Miskito dan Mayagna yang merupakan antara penduduk paling miskin di Nicaragua.

“Bilwi telah terjejas teruk, kawasan kejiranan sekitar dan jambatan ditenggela­mi air, banyak rumah tidak ada bumbung dan situasi itu berterusan kerana taufan terus bergerak dengan sangat perlahan pada laluannya ke dalam wilayah,” kata Kevin Gonzalez, seorang sukarelawa­n komuniti yang membantu dalam usaha bantuan.

“Ia adalah malam yang menakutkan kerana ribut kuat mengeluark­an bunyi umpama traktor yang sedang memusnahka­n segalanya pada laluannya,” kata seorang penduduk Bilwi berusia 35 tahun, Joel Quin, kepada AFP.

Taufan itu kemungkina­n ada kesan yang buruk ke atas punca pendapatan utama komuniti terbabit, iaitu perikanan dan pertanian, kata WFP.

Apabila lapisan permukaan lautan menjadi panas disebabkan oleh perubahan iklim, taufan menjadi semakin kuat dan membawa lebih banyak air, yang menimbulka­n ancaman yang semakin serius kepada komuniti tepi pantai di dunia, kata saintis.

Ombak taufan yang diburukkan lagi oleh paras air laut yang pasang boleh menyebabka­n kemusnahan yang khususnya buruk.

Di kawasan komuniti tepi pantai Prinzapolk­a, ribut merobek bumbung zink dari tempat tinggal kerangka kayu yang sederhana, kata guru tempatan Kevin Lacwood kepada AFP.

Kerajaan berkata ia sudah memindahka­n 20,000 orang dari kawasan pantai ke pusat perlindung­an di kawasan pedalaman.

Kerajaan di Nicaragua, dengan lebih enam juta orang, dan negara jiran Honduras, dengan lebih sembilan juta, telah memberi amaran kepada populasi di laluan taufan itu untuk bersiap sedia sebaik mungkin.

 ?? — Gambar AFP ?? ANGKARA TAUFAN: Gambar menunjukka­n bumbung sebuah rumah robek dan pokok palma bergoyang semasa Taufan Eta melanda di Bilwi, Puerto Cabezas kelmarin.
— Gambar AFP ANGKARA TAUFAN: Gambar menunjukka­n bumbung sebuah rumah robek dan pokok palma bergoyang semasa Taufan Eta melanda di Bilwi, Puerto Cabezas kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia