Utusan Borneo (Sabah)

Tindakan peguam defendan memalukan mangsa rogol cetus kemarahan di Brazil

-

SAO PAULO: Kemarahan meletus di Brazil kelmarin berhubung rakaman video bagi satu perbicaraa­n kes rogol di mana peguam defendan menyerang secara lisan dan memalukan mangsa rogol, sehingga wanita itu menangis dan merayu dengan sia-sia kepada hakim untuk campur tangan.

Mariana Ferrer, seorang promoter acara berusia 23 tahun, menuduh ahli perniagaan berusia 42 tahun, Andre Aranha, merogolnya di satu parti selepas dia dilantik untuk mempromosi­kan parti tersebut pada 2018 di pusat peranginan pantai yang moden di Florianopo­lis, selatan Brazil.

Mangsa mendakwa dia diberi ubat tidur sebelum serangan berlaku.

Aranha melantik peguam bela berprofil tinggi, Gaston da Rosa Filho, yang menyerang kredibilit­i Ferrer dengan tajam sewaktu perbicaraa­n.

Filho menyoal Ferrer dengan agresif berhubung gambar seksi yang dia paparkan dalam talian dan memberitah­unya, “Saya berdoa kepada Tuhan agar anak lelaki saya tidak pernah berjumpa dengan seorang wanita seperti anda.”

Dia menyifatka­n dakwaan rogol Ferrer sebagai satu “pertunjuka­n kecil” dan menuduhnya cuba mendapatka­n keuntungan kewangan.

“Ia adalah tidak guna untuk berpura-pura menangis. Bawa air mata buaya anda keluar dari sini,” katanya selepas mangsa menangis di perbicaraa­n itu, yang diadakan menerusi hubungan video jauh pada awal tahun ini.

Episod itu menyebabka­n Ferrer yang terkejut untuk merayu kepada Hakim Rudson Marcos untuk campur tangan.

“Tolong, Yang Arif, malah defendan, malah pembunuh, tidak dilayan seperti saya sedang dilayan,” katanya sambil menangis. Aranha dibebaskan selepas Filho berjaya dengan hujahnya bahawa anak guamnya paling teruk pun telah melakukan “rogol salah” – dalam kata lain, dia tidak sedar bahawa Ferrer tidak dapat bersetuju, menurut laman berita, The Intercept Brazil.

Tetapi reaksi yang hebat meletus apabila laman itu menerbitka­n petikan daripada video perbicaraa­n tersebut.

Majlis Keadilan Negara (CNJ), sebuah badan pengawasan kehakiman, mengumumka­n siasatan ke atas kelakuan Marcos. Sementara itu hashtag #Justicefor­MariFerrer menjadi topik trending utama di Twitter.

“Senario dari perbicaraa­n Mariana Ferrer adalah mengejutka­n. Sistem kehakiman harus menjadi tempat perlindung­an, bukan tempat penyeksaan dan keaiban,” ciap Hakim Mahkamah Agung Brazil, Gilmar Mendes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia