Utusan Borneo (Sabah)

Pilihan raya AS: Trump dakwa menang besar

69 peratus penduduk Islam AS undi Biden: CAIR

-

WASHINGTON: Presiden Donald Trump pada awal semalam mendakwa memenangi pilihan raya Amerika Syarikat (AS) 2020 dan akan membuat kenyataan dalam waktu terdekat, lapor Sputnik.

“Saya akan buat kenyataan malam ini. MENANG! besar,” kata Trump di Twitter.

Trump turut menuduh Demokrat cuba merampas keputusan pilihan raya.

“Kami tidak akan pernah biarkan mereka lakukannya. Undi tidak dapat diberikan setelah undian (tinjauan) ditutup!” katanya.

Beberapa minit sebelum itu, pencabarny­a dari Demokrat Joe Biden berkata “berada di landasan yang betul” untuk memenangi pilihan raya.

Sementara itu, pihak Twitter meletakkan tanda amaran terhadap kiriman Trump di media sosial itu boleh menimbulka­n kekeliruan.

“Sebahagian atau semua kandungan yang dikongsi dalam akaun Twitter mengenai pilihan raya atau proses awam yang lain, boleh dipertikai­kan dan mungkin mengeliruk­an,” kata platform media sosial itu sebagai mengulas mengenai tindakan menyembuny­ikan mesej berkenaan.

Trump mengejar rapat pencabarny­a yang sekarang ini mendahului dengan 237213, menurut Fox News.

Majoriti penduduk Islam di AS iaitu 69 peratus, memilih Biden dalam pertarunga­n untuk menguasai Rumah Putih, lapor Agensi Anadolu, berdasarka­n tinjauan Majlis mengenai Hubungan Amerika-Islam (CAIR).

Pertubuhan hak dan sokongan masyarakat Islam terbesar di AS itu melaporkan tahun ini menyaksika­n jumlah pengundi Islam yang ramai dengan penyertaan sebanyak 84 peratus.

Hanya 17 peratus daripada 844 pengundi berdaftar yang mengambil bahagian dalam tinjauan mengatakan mengundi Trump.

“CAIR ingin mengucapka­n terima kasih kepada lebih sejuta pengundi Islam AS yang keluar mengundi, mencatat rekod pada pilihan raya kali ini,” kata Pengarah Eksekutif CAIR Nihad Awad dalam satu kenyataan.

“Pengundi dalam kalangan komuniti Islam boleh mempengaru­hi keputusan pilihan raya – termasuk pemilihan presiden – diakui oleh calon dan media,” tambah Awad.

Jutaan rakyat AS mengundi pada pilihan raya AS 2020 kelmarin untuk memilih presiden dan wakil kongres.

 ?? — Gambar AFP ?? YAKIN MENANG: Biden dan isterinya Dr. Jill Biden mengangkat tangan selepas beliau berucap pada malam pilihan raya di Chase Center, Wilmington, Delaware kelmarin. Trump (sisipan) pada awal semalam mendakwa memenangi pilihan raya AS 2020 dan akan membuat kenyataan dalam waktu terdekat, lapor Sputnik.
— Gambar AFP YAKIN MENANG: Biden dan isterinya Dr. Jill Biden mengangkat tangan selepas beliau berucap pada malam pilihan raya di Chase Center, Wilmington, Delaware kelmarin. Trump (sisipan) pada awal semalam mendakwa memenangi pilihan raya AS 2020 dan akan membuat kenyataan dalam waktu terdekat, lapor Sputnik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia