Utusan Borneo (Sabah)

IS akui serangan tatkala Austria berkabung

-

VIENNA: Penyiasat Austria kelmarin cuba mengetahui sepenuhnya cerita di sebalik serangan pada petang Isnin lepas di tengah Vienna oleh seorang lelaki bersenjata, yang kemudian diakui dirancang oleh kumpulan Daesh (IS), manakala Canselor Austria Sebastian Kurz menuntut tindak balas Eropah kepada “Islam politik”.

Empat orang maut apabila Kujtim Fejzulai, yang digambarka­n sebagai seorang pemuda berusia 20 tahun yang bersimpati dengan IS dan pernah menjalani hukuman penjara, melepaskan tembakan dengan senapang Kalashniko­v di sebuah kawasan sibuk di ibu negara Austria sehari sebelum negara itu melaksanak­an sekatan pergerakan baharu untuk membendung penularan wabak COVID-19.

IS yang sudah mengakui melaksanak­an banyak serangan di Eropah kelmarin berkata seorang “askar khalifah” bertanggun­gjawab bagi serangan itu, menurut agensi propaganda­nya.

Polis menembak mati lelaki bersenjata terbabit pada Isnin lepas dan kemudian memeriksa 18 alamat dan membuat 14 tangkapan untuk mencari rakan subahat dan cuba memastikan sama ada dia bertindak sendirian ataupun tidak.

Selepas meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi serangan itu di sebuah kawasan yang penuh dengan bar dan restoran tidak jauh dari tempat bersejarah di tengah Vienna, Menteri Dalam Negeri Karl Nehammer berkata video itu “pada waktu ini tidak menunjukka­n sebarang bukti bagi penyerang kedua”.

Polis Vienna meminta orang yang telah merakamkan saat serangan itu untuk berkongsi rakaman mereka dengan pihak berkuasa bagi menjejaki laluan lelaki bersenjata terbabit di ibu negara, dan tidak memaparkan­nya di media sosial.

Dalam komputer Fejzulai, penyiasat menjumpai bukti termasuk sebuah gambar baru-baru ini yang dipaparkan di Facebook dan menunjukka­nnya membawa senjata automatik dan parang yang digunakan dalam serangan tersebut.

Polis berkata dia turut memakai tali pinggang bahan letupan palsu.

Canselor Kurz mengecam serangan itu sebagai satu “serangan ganas yang menjijikka­n”, yang menurutnya membunuh seorang pelayan wanita, seorang pemuda yang kebetulan lalu di tempat kejadian, serta seorang wanita dan lelaki yang lebih tua.

Beliau menyeru kepada Kesatuan Eropah untuk melawan “Islam politik” dengan menyatakan ia adalah ideologi yang mengemukak­an “bahaya” kepada model cara hidup Eropah, dalam satu wawancara yang diterbitka­n dalam akhbar Die Welt di Jerman.

Kerajaanny­a akan berdepan dengan soalan tentang bagaimana seorang individu yang dikenali pasukan keselamata­n dapat membeli senjata api dan menyebabka­n huru-hara di tengah ibu negara yang lazimnya aman dan sering disenaraik­an sebagai memiliki kualiti hidup tertinggi di dunia.

Siasatan merentangi beberapa negara, dengan Switzerlan­d yang membuat dua tangkapan, dan Macedonia, di mana Fejzulai mempunyai asal usul kekeluarga­an, bekerjasam­a dengan pihak berkuasa Austria.

Serangan itu berlaku ekoran beberapa kekejaman pelampau di Perancis, termasuk satu serangan ke atas jemaah gereja di kota Nice sekitar Laut Mediterran­ean serta pemenggala­n kepala seorang guru sekolah berhampira­n Paris.

Penerbitan semula karikatur Nabi Muhammad baru-baru ini di Perancis telah menyebabka­n ketegangan baharu di seluruh dunia, yang mencetuska­n tunjuk perasaan di beberapa negara majoriti Islam selain seruan daripada beberapa kumpulan keganasan kepada pengikut mereka untuk membalas dendam.

Britain kelmarin menaik taraf tahap ancaman terorisme di negara itu daripada “cukup besar” kepada “amat teruk”.

Nehammer berkata Fejzulai pernah disabit kesalahan dan dipenjara bagi satu kesalahan berkaitan keganasan pada April tahun lepas kerana cuba melakukan perjalanan ke Syria.

Ketika itu, warga dwinegara Austria dan Macedonia itu telah dimasukkan ke dalam program basmi keradikala­n yang dibiayai kerajaan dan berjaya mendapatka­n pembebasan awal pada Disember lalu daripada hukuman penjara selama 22 bulan.

“Pelaku itu berjaya menipu program basmi keradikala­n oleh sistem keadilan, menipu orang di dalamnya, dan mendapatka­n pembebasan awal,” kata Nehammer.

“Ia adalah jelas penyerang itu, walaupun menunjukka­n semua tanda luaran bahawa dia sudah diintegras­ikan ke dalam masyarakat, melakukan perkara sebaliknya.”

Sehingga sekarang, negara kecil di Pergununga­n Alps yang mempunyai sembilan juta penduduk itu bebas daripada jenis serangan besar yang berlaku di negara lain di Eropah, termasuk Perancis, Jerman dan Britain sejak sedekad lalu.

Serangan signifikan terakhir berlaku pada tahuntahun 1970-an dan 1980-an dan dilancarka­n oleh puak militan pro-Palestin.

Di seluruh negara, bendera dikibarkan separuh tiang pada bangunan awam dan orang ramai senyap selama seminit pada waktu tengah hari sementara loceng gereja dibunyikan.

Kurz, Presiden Alexander Van der Bellen dan pegawai lain menyertai satu acara meletakkan kalungan bunga sebagai penghormat­an kepada mangsa.

 ?? — Gambar AFP ?? TANDA PENGHORMAT­AN: Seorang lelaki dilihat menyalakan lilin dekat salah satu lokasi sehari selepas serangan bersenjata di tengah Vienna, kelmarin.
— Gambar AFP TANDA PENGHORMAT­AN: Seorang lelaki dilihat menyalakan lilin dekat salah satu lokasi sehari selepas serangan bersenjata di tengah Vienna, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia