Utusan Borneo (Sabah)

‘Roh’ wakili Malaysia ke anugerah OSCAR

-

Filem ‘Roh’ dipilih mewakili Malaysia ke Anugerah Academy ke-93 (OSCAR) dalam kategori Internatio­nal Feature Film Award yang akan berlangsun­g pada bulan April depan.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dalam satu kenyataan memberitah­u pemilihan filem ‘Roh’ terbitan syarikat produksi Kuman Pictures Sdn Bhd itu dibuat oleh Jawatankua­sa Pemilihan Filem Finas yang terdiri daripada para penggiat industri filem tempatan yang profesiona­l dan berpengala­man.

Menurutnya pemilihan telah melalui proses penilaian terperinci berdasarka­n kriteria perfileman seperti pengarahan, penceritaa­n, sinematogr­afi, lakon layar, lakonan, adunan muzik, skor muzik, penataan seni dan suntingan filem serta pematuhan kepada peraturan pertanding­an yang ditetapkan oleh pihak penganjur OSCAR. Finas melalui Jawatankua­sa Pemilihan Filem telah membuka penyertaan kepada penggiat industri perfileman tempatan untuk menghantar karya masing-masing untuk dipertimba­ngkan bagi mewakili Malaysia ke anugerah OSCAR ke-93 bagi kategori Internatio­nal Feature Film Award dan ia menerima penyertaan yang amat memberangs­angkan.

Sejak 2004, Finas mencalonka­n satu karya filem tempatan untuk bertanding di anugerah OSCAR dalam kategori Internatio­nal Feature Film Award kerana setiap negara diminta menghantar satu pencalonan filem tempatan terbaik untuk bertanding dalam kategori itu.

“Filem ‘Roh’ meneruskan kesinambun­gan ini bagi edisi OSCAR ke-93 nanti,” kata Finas.

‘Roh’ arahan Emir Ezwan serta turut menampilka­n Farah Ahmad dan Namron dalam barisan pelakonnya adalah filem seram yang mengisahka­n kehadiran seorang kanak-kanak perempuan aneh yang membawa ramalan ngeri dan kejadian aneh kepada sebuah keluarga miskin dalam hutan zaman dahulu.

 ??  ?? NAMRON
NAMRON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia