Utusan Borneo (Sabah)

Ariana Grande muncul dengan album baharu, sokong Biden

-

PENYANYI sensasi Ariana Grande meriuhkan ‘twitterati’ baru-baru ini setelah dia mengumumka­n album ketiganya dalam tempoh tiga tahun, satu adunan era pandemik di antara pop rancak dan R&B penuh jiwa yang menyaksika­n vokal lantang superstar itu menjadi semakin seksi.

Selepas dia mengeluark­an lagu tajuk album ‘positions’ bersama video muzik ‘cosplay’ presiden – di mana Grande dan semua pembantu wanitanya menjalanka­n urusan Rumah Putih dengan penampilan yang sangat menyerupai Jackie O – penyanyi berusia 27 tahun itu mengeluark­an album studio keenamnya beberapa hari sebelum pilihan raya di Amerika Syarikat berlangsun­g pada waktu pandemik yang masih berleluasa.

“sangat sayang kamu saya begitu begitu bersyukur dan teruja,” dia menulis dalam Instagram beberapa jam sebelum album itu dikeluarka­n. “tidak dapat berhenti menangis. hooooooooo­oo.” Grande membuat pengumuman album itu pada waktu yang buruk bagi industri muzik, selepas jelajah lumayan yang diharapkan oleh artis ditangguhk­an sehingga tarikh yang belum diketahui.

‘positions’ menyaksika­n artis itu – yang menghabisk­an masa pada awal usia 20an dengan berubah nada di antara lagu-lagu ceria mengelip bulu mata dengan gigitan bibir yang menggoda – condong ke arah keseksian, dengan menggabung­kan bunyi yang lebih matang dengan lirik yang tidak segan-silu bersifat seksual. Lagu yang khususnya haus ‘34+35’ – anda kira – telah membuat media sosial merah muka.

Lagulagu termasuk ‘nasty’, ‘obvious’, dan kolaborasi dengan The Weeknd, Doja Cat dan Ty Dolla $ign turut menyerlah sebagai kegemaran peminat.

“baby pardon my french, but can you speak in tongues,” (sayang ampun bahasa perancis saya, tetapi kamu boleh bercakap dengan lidah) Grande bernyanyi dalam ‘love language’, yang berubah di antara nada penuh nafas yang sinonim dengannya dengan julat empat oktaf yang mengagumka­n.

Dan ‘my hair’ merupakan lagu jazz yang berahi di mana Grande mengajar para pendengar tentang cara untuk membelai rambutnya yang panjang hingga ke paras pinggang.

Video bagi ‘positions’ membawa glamor Grande ke Pejabat Bujur – tetapi lagu itu sendiri lebih tentang politik hati.

“boy, I’m tryna meet your mama on a Sunday / Then make a lotta love on a Monday,” (budak, saya cuba berjumpa dengan ibu kamu pada Ahad / kemudian berasmara dana pada Isnin) katanya dalam lagu itu.

Tetapi menerusi katakatany­a kepada hampir 300 juta pengikutny­a dalam Instagram dan Twitter, Grande telah menjelaska­n pandangan politiknya dan menggalakk­an peminat untuk keluar mengundi.

“aku dalam perjalanan untuk mengingatk­an kamu semua untuk mengundi awal dan juga dalam perjalanan untuk menukar pendirian bagi kamu,” tulis warga New York yang berbangsa Itali-Amerika itu bersama klip promo yang menunjukka­nnya berjalan dengan bangga menerusi West Wing, yang jelas menunjukka­n sokongan kepada calon Demokrat, Joe Biden.

Grande menyokong calon haluan kiri Senator Bernie Sanders dalam pemilihan parti, dan sejak beberapa hari lalu secara rasmi mengendos Biden dan mengetepik­an penyandang Republikan, Donald Trump.

“apakah rupa kegemaran kamu dari video positions?” dia menulis di sisi swafoto cermin.

“lmk dan undi Biden.”

Selain membuat album baharunya, Grande telah menghabisk­an waktu pandemik dengan kolaborasi bersama Lady Gaga dalam lagu hit ‘Rain On Me’ dan Justin Bieber untuk lagu single kuarantin ‘Stuck With You’.

 ?? — Gambar AFP ?? ALBUM BAHARU: Gambar fail yang diambil pada 26 Januari 2020 ini menunjukka­n Ariana Grande membuat persembaha­n semasa Anugerah Grammy ke-62 di Los Angeles. Ariana Grande meriuhkan ‘twitterati’ baru-baru ini setelah dia mengumumka­n album ketiganya dalam tempoh tiga tahun, satu adunan era pandemik di antara pop rancak dan R&B penuh jiwa yang menyaksika­n vokal lantang superstar itu menjadi semakin seksi.
— Gambar AFP ALBUM BAHARU: Gambar fail yang diambil pada 26 Januari 2020 ini menunjukka­n Ariana Grande membuat persembaha­n semasa Anugerah Grammy ke-62 di Los Angeles. Ariana Grande meriuhkan ‘twitterati’ baru-baru ini setelah dia mengumumka­n album ketiganya dalam tempoh tiga tahun, satu adunan era pandemik di antara pop rancak dan R&B penuh jiwa yang menyaksika­n vokal lantang superstar itu menjadi semakin seksi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia