Utusan Borneo (Sabah)

Empat sekeluarga dan seorang jiran maut dalam kebakaran

Tindakan pantas bomba berjaya mengelak tiga lagi rumah musnah

-

KLANG: Empat sekeluarga dan seorang jiran mereka maut dalam satu kejadian kebakaran di satu deretan lima unit rumah di Lorong Mokhtar, Kampung Delek di sini kira-kira jam 3.40 pagi semalam.

Mereka terdiri daripada pasangan suami isteri Fauzi Daut, 44, dan Sarimah Yusuf, 37; kakak Fauzi, Fauziah Daut, 50; anak saudara pasangan itu, Mohd Amirudin Ali, 12, serta jiran mereka Ubaidilah Ayob, 48.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian berkenaan pada kira-kira jam 3.56 pagi dan setibanya di lokasi sembilan minit kemudian, api dilihat sedang sangat marak.

Beliau berkata tindakan pantas pihaknya juga berjaya mengelakka­n tiga lagi unit rumah sederet di situ musnah dalam kebakaran itu dan kira-kira lapan penghuni rumah berkenaan juga sempat menyelamat­kan diri.

“Kita dimaklumka­n terdapat lima mangsa terperangk­ap dalam dua daripada tiga rumah yang terbakar. Pemeriksaa­n mendapati empat mayat dijumpai bersembuny­i dalam bilik air dan mayat kanak-kanak itu pula berada berdekatan pintu bilik air,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian di sini pagi semalam.

“Mereka dipercayai cuba mengelakka­n diri daripada kebakaran berkenaan. Siasatan awal mendapati pintu rumah tersebut berkunci dan mangsa-mangsa bersembuny­i di bilik air mungkin disebabkan mereka panik akibat tidak jumpa kunci rumah,” tambahnya.

Norazam berkata pemeriksaa­n awal mendapati mayat Mohd Amirudin terbakar 30 peratus manakala mayat Fauzi, Sarimah dan Fauziah pula terbakar 80 peratus, dan mayat Ubaidilah tidak terbakar, dan dia dipercayai maut akibat terhidu asap tebal.

Beliau berkata saksi memberitah­u ada terdengar bunyi letupan namun pihaknya sedang menyiasat punca sebenar kebakaran dan ia dipercayai bermula daripada rumah pertama dihuni oleh Ubaidilah.

Katanya semakan mendapati rumah sederet itu dipercayai rumah sewa yang dibina sekitar tahun 1994 namun tidak pernah dirujuk kepada pihak bomba untuk pemeriksaa­n ciri-ciri keselamata­n, dan kebakaran itu merebak dengan pantas.

Norazam berkata kesemua mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk tindakan lanjut.

Kita dimaklumka­n terdapat lima mangsa terperangk­ap dalam dua daripada tiga rumah yang terbakar. Pemeriksaa­n mendapati empat mayat dijumpai bersembuny­i dalam bilik air dan mayat kanak-kanak itu pula berada berdekatan pintu bilik air.

Norazam Khamis Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor

 ?? — Gambar Bernama ?? MAUT: Anggota Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengangkat salah seorang daripada lima mangsa yang rentung termasuk seorang kanak-kanak dalam satu kejadian kebakaran di satu deretan lima unit rumah di Lorong Mokhtar, Kampung Delek, Klang semalam.
— Gambar Bernama MAUT: Anggota Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengangkat salah seorang daripada lima mangsa yang rentung termasuk seorang kanak-kanak dalam satu kejadian kebakaran di satu deretan lima unit rumah di Lorong Mokhtar, Kampung Delek, Klang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia