Utusan Borneo (Sabah)

Kastam Perak rampas rokok putih dan kretek bernilai RM1 juta

-

IPOH: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perak menemukan 1.4 juta batang rokok putih dan kretek pelbagai jenama dalam sebuah rumah kosong di Taman Saujana Bakti, Jalan Kampung Banjar, Teluk Intan pada Sabtu lepas.

Pengarah JKDM Perak, Dr Mohamad Saprin berkata kesemua rokok yang disyaki barangan larangan Kastam bernilai anggaran RM1 juta termasuk cukai itu dirampas Bahagian Penguatkua­saan JKDM Perak yang menjalanka­n serbuan pada kirakira 6 petang.

“Ketika serbuan, tiada penghuni di rumah berkenaan dan hasil pemeriksaa­n menemukan semua barangan berkenaan di dalam rumah itu,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Mohamad berkata kesemua rokok antaranya jenama

Pragon, Vson, Quest Bold dan Mayor yang dipercayai dibawa masuk melalui pintu pelabuhan utama negara itu dibawa dari luar negara untuk pasaran di sekitar kawasan utara.

Beliau berkata kesemua eksibit telah dibawa ke Pejabat Penguatkua­saan JKDM Perak di sini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Dalam pada itu, JKDM Perak turut merampas 202 botol minuman arak yang disyaki barangan larangan Kastam bernilai kira-kira RM40,000 termasuk cukai di sebuah kedai runcit di Ipoh dan menahan pemilik serta pengurus premis berkenaan pada Jumaat lepas.

Mohamad berkata keduadua lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an itu ditahan pada kira-kira jam 12.45 tengah hari bagi membantu siasatan di bawah seksyen sama.

“Pasukan serbuan menemukan stok minuman keras itu disimpan di dalam stor premis yang kemungkina­n untuk dijual sempena musim perayaan akan datang namun mereka gagal membuktika­n barangan itu diimport secara sah selepas tiada dokumen menunjukka­n cukai kastam dibayar,” katanya.

Menurutnya, bekalan minuman keras yang berkualiti tinggi dari negara Eropah itu dijual dengan harga lebih murah dari pasaran iaitu kirakira RM100 lebih sebotol.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludup­an barang larangan boleh menghubung­i talian bebas tol Kastam di 1800-888855 atau mana-mana pejabat kastam yang berhampira­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia